“Dogma Dunia Baru” Grausig

Dogma Dunia Baru telah diriliskan pada tahun 2018 dan hadir dengan barisan penggempur baru iaitu Bolonk (Vokal), Ewin (Bass), Septian (Gitar), Mame ( Gitar & Backing Vokal), dan Denny (Drum).
Grausig menterjemahkan setiap lagu yang mewarnai Dogma Dunia Baru dengan rencah dan acuannya sendiri namun masih utuh pada paksi death metalnya. 8 buah lagu memecah halwa dengar dengan mengekalkan bahasa Indonesia sebagai pengantara.
Sarat dengan tema kritikan sosial secara terus agar pendengar hadam dengan mesej yang hendak di sampaikan selain sarat dengan lontaran vokal growl yang penuh amarah seraya petikan gitar serta hentakan padu drum yang menguatkan lagi aspirasi Grausig dalam berkarya dengan jujur.
Mungkin ramai di kalangan fanatik nuansa oldshool death metal yang masih menterjemahkan album ini seakan “Effigy Of The Forgotten” daripada Suffocation, apatah lagi hiasan kulit hadapan yang mirip kepada album tersebut. Apa pun Dogma Dunia Baru membariskan lagu-lagu seperti Propaganda Konsep Ketuhanan, Budak Akhir Zaman, Dogma Murka, Idealisme Cacat, Tanatisme Bodoh, Be God Syndrome, Teror Dunia Baru dan Dominasi Kuasa.
Album ke enam Grausig Dogma Dunia Baru yang dirilis oleh Zilergem Records dan di edarkan oleh Undying Music.
Comments
Post a Comment