Nizam Laksamana, Aming Spring Dan Amir Ukays Bakal Jayakan Showcase Amal Lagenda 90an


Sebuah Showcase Amal Artis Legenda 90an (2.0) bakal diadakan pada 31 Januari 2020 yang dianjurkan oleh Nizam Laksamana Production dan Saudaar Seni. Acara tersebut diadakan berikutan kejayaan Showcase terdahulu yang telah berlangsung pada 22 Februari 2019 di sebuah hotel di Kuala Lumpur. 

Pihak penganjur terpanggil untuk mengadakan showcase ini sekali lagi kerana melihat keadaan semasa penggiat-penggiat seni yang melalui fasa kepayahan hidup lantaran masalah kesihatan sehingga ada yang tidak lagi mampu meneruskan kerjaya yang selama ini menampung perbelanjaan kehidupan. 

Melalui penganjuran showcase amal ini, pihak penganjur berharap dapat kembali mengumpul rakan-rakan artis yang masih aktif berkarya dan membuat persembahan untuk merasa denyut nadi rakan-rakan penggiat seni yang sedang mengalami detik pedih kehidupan dengan turut serta membantu membuat persembahan. 

Pihak penganjur juga berterima kasih atas pengorbanan setiap seorang dari mereka ini apabila sanggup turut serta menjayakan showcase walaupun dengan sedikit imbuhan yang ditawarkan. Penglibatan artis-artis ini bukan sekadar mengharapkan bayaran tetapi turut sama membantu mencari dana melalui penyertaan mereka membuat persembahan.


Showcase kali ini bakal menampilkan Nizam Laksamana, Ameng Spring, Amir Ukays, Sham Visa, Gmie Screen, Ali XPDC, Zarul Umbrella serta penampilan khas oleh Khai Bahar.

Artis-artis yang terlibat dalam showcase ini juga akan berkempen untuk memberi kesedaran serta berkongsi informasi akan betapa bahayanya najis dadah kepada geƱerasi kini. Melalui pengamatan serta bacaan di media media sosial dan akhbar, masyarakat khususnya golongan remaja didapati semakin terdedah dengan penyalahgunaan dadah. 

Pihak penganjur amat berharap agar penganjuran showcase ini dapat sedikit sebanyak  membantu dari segi kerja-kerja kemasyarakatan dan turut serta prihatin akan situasi semasa yang penuh dengan masalah-masalah sosial yang sedang melanda anak anak bangsa. 

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang