Datuk Ramli Sarip Dan Ella Bakal Bergabung Dalam Konsert 'KEMBARA KITA'




Bermula dengan kembara muzik rock yang beza arah tuju dan haluannya, takdir akhirnya menemukan lagenda rock tanah air, Datuk Ramli Sarip dengan Ella Aminuddin di  persimpangan yang sama.

Segalanya bermula apabila Datuk Ramli Sarip diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai produser untuk album studio Ella setelah ratu rock tanah air ini mengambil keputusan untuk bergerak secara solo selepas mencapai kejayaan bersama Ella & The Boys termasuklah penglibatan mereka di dalam Battle Of The Bands. 

Akhirnya muncullah kolaborasi di antara Datuk Ramli Sarip dan Ella sebagai produser-penyanyi menerusi tiga album studio iaitu Pengemis Cinta (1989), Puteri Kota (awal 1990) dan Identiti (akhir 1990). 

Pengemis Cinta menampilkan lagu hits seperti Pengemis Cinta dan Permata Biru, Puteri Kota (Tiada Tangis Lagi, Kembara Kita dan Puteri Kota), manakala Identiti pula (Kasih, Sepi Sekuntum Mawar Merah dan Cinta Selembut Sutera). 

"Waktu saya mula-mula kenal Ella, saya nampak dia nampak sangat 'street' dengan jeans bird dan baju T. Jadi bila saya terbitkan ketiga-tiga album ini, saya cuba kekalkan imej dan gaya street Ella itu. Kalau buat stail elit nampak tidak sesuai pula," kata Datuk Ramli Sarip.

Sepertimana kapsul waktu, setiap kembara ada tempoh matangnya. Kini, sudah sampai waktunya untuk kedua-dua lagenda ini bergabung dan beraksi buat julung kalinya di atas pentas yang sama di dalam konsert KEMBARA KITA

Dianjurkan Rasa Karya Sdn Bhd, konsert KEMBARA KITA yang diangkat namanya daripada lagu duet mereka bakal diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 14 Februari & 15 Februari 2020, bermula jam 8.30 malam. 

"KEMBARA KITA bukan sahaja menampilkan perjalanan muzik kami bersama tetapi sebahagiannya adalah 'soul' dan kedewasaan yang kami berdua dan ini adalah antara sumbangan kami terhadap industri. 

"Sedikit-sebanyak, KEMBARA KITA juga adalah suatu usaha untuk menjayakan impian arwah Fauzi Samin aka Aji yang mahu sangat-sangat konsert rock 'n' roll dan blues ini menjadi kenyataan," kata Datuk Ramli Sarip lagi. 


Ella pula berkata, dia memang rasa sangat berbesar hati apabila diberi peluang untuk menjayakan konsert KEMBARA KITA di pentas yang sama bersama Datuk Ramli Sarip.

"Saya percaya sudah lama peminat kamu berdua menantikan konsert yang sebegini apatah lagi bila pengisiannya lebih banyak menjurus kepada lagu-lagu a rock 'n' roll dan blues," katanya. 

Kembara Kita bukanlah sekadar konsert yang biasa. Luar biasanya ia bakal menampilkan perjalanan muzik mereka secara peribadi, pengalaman yang dikutip selama ini, momen-momen magis yang pernah tercetus sebelum ini serta kembara mereka bersama yang sudah dilupai bahkan tak pernah diperkatakan sebelum ini. 

Semuanya bakal diterjemahkan dalam konsert Kembara Kita! 

Diringi barisan pemuzik berpengalaman yang bakal mengiringi persembahan masing-masing, konsert selama dua jam setengah ini akan menampilkan 'repertoire' yang tidak pernah lagi disaksikan di dalam mana-mana persembahan sebelum ini. 

Daripada segmen solo kepada segmen duet, Datuk Ramli Sarip dan Ella Aminuddin juga akan melakukan "kejutan' tidak dijangka yang akan meninggalkan kepuasan buat peminat serta pengikut tegar mereka yang datang menyaksikan konsert Kembara Kita. 

Tiket telah mula dijual pada 29 Oktober 2019! 

Tiket-tiket menyaksikan konsert ini berharga: RM510/RM460/RM360/RM310/RM 260/RM210/RM160/RM110. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila layari: www.ilassotickets.com Hotline: +603 21706333


GALERI | SIDANG MEDIA KONSERT 'KEMBARA KITA'





Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang