Seni Jalanan@Street Art Dan Arca Kitar Semula Jadi Tarikan Baru Pencinta Seni Ke Labuan


  • Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya dan Balai Seni Negara melaksanakan Program Seni Jalanan dan Arca Kitar Semula Labuan bagi meningkatkan potensi pelancongan Labuan.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)  melalui agensinya Balai Seni Negara (BSN), giat mengangkat potensi pelancongan baharu di negara ini menggunakan pendekatan seni visual bagi persediaan sambutan  Melawat Malaysia 2020.


Selepas penganjuran Program Mural Balik Pulau, Pulau Pinang, MOTAC melalui (BSN) memilih Wilayah Persekutuan Labuan kerana  pulau ini mempunyai pelbagai tarikan pelancongan dan ia perlu dijiwakan lagi dengan tarikan-tarikan destinasi pelancongan seni. Labuan terkenal dengan air (https://ms.wikipedia.org/wiki/Air%20/h)nya yang jernih dan pantai berpasir, menjadikannya destinasi pelancongan yang baik dan mempunyai potensi besar seperti Langkawi dan Pulau Pinang.

Program Seni Jalanan dan Arca Kitar Semula Labuan ini merupakan program untuk mencantikkan persekitaran Bandar Labuan dengan lukisan mural, lukisan 3 Dimensi dan juga Arca Kitar Semula (upcycle).

Dalam penganjuran program ini, BSN menemukan 5 pelukis dari Kuala lumpur dan 5 pelukis tempatan (Labuan dan Sabah) untuk bergandingan menghasilkan 13 buah mural dan sebuah lukisan 3 Dimensi. Manakala seorang pengarca tempatan bekerjasama dengan komuniti setempat bagi menghasilkan 3 arca menggunakan bahan-bahan terpakai. Gabungan ini membolehkan para pengkarya berkongsi kepakaran dan meningkatkan kemahiran masing masing.

Karya-karya yang terhasil,  bersubjekkan imej-imej budaya, kecantikan, kelebihan, wira dan tokoh tempatan bertujuan menanam kecintaan penduduk setempat dan mempertontonkan keunikan Labuan kepada pelancong luar. Antara imej yang menjadi kebanggan penduduk Labuan adalah mural lagenda bola sepak Malaysia, Datuk Hassan Sani dan juga Uncle Ah Meng. Datuk Hassan Sani merupakan anak kelahiran Labuan dan lagenda pemain bola sepak kebangsaan. Manakala Uncle Ah Meng pula merupakan seorang peniaga Air Cincau di sekitar Labuan sejak 42 tahun yang lalu dan dikenali oleh penduduk setempat. Mural-mural ini diabadikan di sekitar Lorong Tanjung Pasir, Jalan Utama Bandar Labuan dan Terminal Feri Labuan. Manakala arca kitar semula didirikan di sekitar Kompleks Sukan Air Labuan.
Penghormatan buat lagenda bola sepak Malaysia kelahiran Labuan, Datuk Hassan Sani,

Menurut Peyelaras Projek Balai Seni Negara, En. Mohd Khazrul Sharuddin, “Program Seni Jalanan dan Arca Kitar Semula Labuan ini, merupakan idea daripada Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya iaitu YB Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik sendiri yang ingin membawa transformasi terhadap pelancongan Labuan melalui pendekatan seni dan menyemarakkan lagi penganjuran Festival Kesenian Borneo yang berlangsung pada 27 hingga 29 September 2019”.

BSN mengetengahkan strategi dan konsep penguwangan budaya (monetizing culture) iaitu dengan mencungkil kearifan dan mengangkat potensi karya tempatan untuk menyumbang kepada peningkatan ekonomi setempat.

“Lukisan mural dan graffiti masa kini merupakan tarikan dan trending kepada pelancongan negara. Bermula dari Pulau Pinang, kini hampir setiap negeri mempunyai kawasan-kawasan khas lukisan mural. Perkara ini merupakan petanda positif bahawa kepakaran pelukis tempatan ini diiktiraf sehingga keperingkat antarabangsa dan mampu menyumbang kepada ekonomi Malaysia” tambah beliau lagi.  

Untuk maklumat lanjut sila hubungi: Haniff Ayub (0172838664)/ pr.artgallery.gov.my / Wan Nor Hidayah Wan Idris (017-9873303)/ hidayah@artgallery.gov.my

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang