500 Peminat Dirai Dalam Konsert Eksklusif "The Singing Pizza"


Pizza Hut and Universal Music Malaysia sekali lagi telah berkoloborasi dengan membawakan pengalaman istimewa buat penggemar pizza dan muzik di malam penuh pesona menerusi konsert ‘The Singing Pizza’!

Seramai 500 orang peminat hadir ke konsert eksklusif tersebut yang menampilkan tujuh artis-artis terkemuka Malaysia; Alvin Chong; duo tempatan Mandopop terkenal, ThomasJack; bintang hip-hop, Aman Ra; penyanyi pop harapan, Shalma Eliana; dan vokalis Mandopop tersohor, Zen. yang berlangsung di Bentley Music Auditorium di Petaling Jaya Sabtu lalu.

Konsert yang dibawakan khas buat rakyat Malaysia selepas beberapa siri aktiviti bertemakan minat dan kesungguhan dijalankan di bawah kempen “The Singing Pizza” ini merupakan sebuah kerjasama dua industri di antara Pizza Hut Malaysia dan Universal Music Malaysia, untuk menghubungkan dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menjalani hidup dengan lebih bermakna menerusi pengalaman menikmati piza yang dipertingkat menerusi elemen muzik.

Kepelbagaian gaya dan genre daripada persembahan dan pilihan barisan penyanyi pada malam berkenaan mewakili kepelbagaian di negara ini disamping mencerminkan pelbagai seleksi menu dan pengalaman makan yang dibawakan oleh Pizza Hut Malaysia.

Loi Liang Tok, Ketua Pizza Hut Malaysia berkata, “Konsert The Singing Pizza merupakan kemuncak kepada pengalaman “The Singing Pizza” yang telah kami bawakan bagi menghubungkan rakyat Malaysia di atas kecintaan mereka terhadap piza dan muzik. Menjadikan inovasi sebagai sebahagian daripada identiti kami, kempen ini menggabungkan teknologi digital bagi menghasikan pengalaman menikmati piza secara berbeza, seterusnya mengukuhkan lagi komitmen kami untuk menyediakan kemudahan dan peningkatan kualiti secara berterusan kepada rakyat Malaysia.”

“Menghangatkan lagi momentum ‘The Singing Pizza’, kami raikan minat rakyat Malaysia dengan pengalaman yang lebih bermakna di konsert The Singing Pizza ini, menampilkan personaliti-personaliti tempatan yang istimewa dan berbeza - seperti apa yang kami tawarkan di Pizza Hut.” tambah Loi lagi.

Sementara itu, Kenny Ong, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia/Singapura/Indo-China berkata, “Kami bersyukur kerana diberi peluang untuk berkolaborasi bersama Pizza Hut di dalam sebuah lagi projek pemasaran kreatif bagi menonjolkan kelainan jenama ini di pasaran. Tidak banyak syarikat F&B di Malaysia mendapat peluang untuk menganjurkan acara seperti ini,”

“Universal Music Group (UMG) sangat berbangga diberi peluang untuk bersama dengan syarikat global dan ternama seperti Pizza Hut Malaysia dalam membawakan hidangan dan muzik yang terbaik kepada para pelanggan kami. Kempen ini merupakan hasil kerjasama yang kukuh dan kreatif di antara Pizza Hut Malaysia, UMG dan TBWA. Kami percaya muzik akan sentiasa menjadi kunci kepada peneraju kebudayaan tidak kira bangsa, etnik atau umur. UMG dan Pizza Hut Malaysia percaya bahawa kami akan terus mencari pembaharuan dan kaedah berinovatif bagi menghubungkan dan menarik minat para pelanggan kami,” tambah beliau.


Dua peminat bertuah teruja apabila diumumkan sebagai pemenang peraduan istimewa “The Singing Pizza” dan bakal terbang melihat persembahan Shawn Mendes secara langsung bersama Alvin Chong di Sydney, Australia! 

Pada konsert tersebut, penonton lain turut diimbau dengan segmen “Pizza Hut Moment” throwback, di mana peminat-peminat bertuah dapat merasai pengalaman istimewa bersama artis kegemaran mereka, termasuk sesi membuat piza bersama Fattah Amin, sesi 'manicure' dan minum petang di Pizza Hut bersama Shalma Eliana, bengkel tarian dikendalikan oleh ThomasJack dan Zen disusuli sesi jamuan pizza, sesi istimewa di studio bersama Aman Ra diikuti dengan makan malam di Pizza Hut.

Menukar kotak pizza biasa kepada konsep kotak muzik, ‘The Singing Piza’ didatangkan di dalam kotak pizza bertemakan piring hitam, menampilkan ilustrasi artis seperti Fazura, Fattah Amin dan Alvin Chong di hadapan kotak berserta kod QR untuk akses kepada 200 lagu eksklusif termasuk lagu-lagu popular serta yang masih belum dipasarkan, dengan senarai yang dikemaskini setiap dua minggu di dalam aplikasi ‘The Singing Pizza’.

Aplikasi ini telah meraih lebih 20,000 muat turun sehingga kini. Ianya juga merupakan platform yang pertama menerbitkan trek terbaharu seperti Fattah Amin & Fazura “Paling Sempurna”, Fattah Amin “Isterimewa (Versi Akustik)”, Alvin Chong “Beng Ni Chong Ai’ serta Fazura “Can’t Forget Me (BATE Remix)”.

Kempen ‘The Singing Pizza’ ini juga berjaya meraih anugerah 'Excellence in Marketing Innovation' (Anugerah Kecemerlangan dalam Inovasi Pemasaran) di majlis Marketing Excellence Awards 2019 anjuran Majalah Advertising+Marketing baru-baru ini.



GALERI | KONSERT "THE SINGING PIZZA"

Barisan artis yang membuat persembahan bergambar bersama penonton. Dari kiri: Fattah Amin, Fazura, Shalma Eliana, Alvin chong, Zen, ThomasJack dan BATE

 Alvin Chong menunjukkan aksinya ketika malam konsert eksklusif baru-baru ini

Aman Ra mewakili artis hip hop Malaysia

Pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura membuai penonton dengan lagu duet mereka, “Paling Sempurna

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang