Konsert Siri Jelajah Loudness Rise To Glory Di KL


Ketika era kegemilangan muzik rock di Malaysia pada 1980-an, nama Loudness tidak lekang daripada bibir peminat muzik rock tempatan.  Mereka telah mencetuskan fenomena dalam arena muzik rock tempatan terutama pada pertengahan 80-an kini akan beraksi sekali lagi di Malaysia.  

Loudness yang kini dianggotai Minoru Niihara (penyanyi), Akira Takasaki (gitar), Masayoshi Yamashita (bass) dan Masayuki Suzuki (dram - pemain dram asal mereka, Munetaka Higuchi meninggal dunia pada 2008) ini cukup dekat dengan rocker Malaysia.  

Meskipun ianya sudah memasuki edisi ketiga mereka mengadakan persembahan di Malaysia namun auranya masih kuat di sanubari peminat tegar kumpulan yang berasal daripada negara matahari terbit ini.

Kumpulan yang cukup dikenali di seluruh pelosok dunia itu akan mengadakan konsert Loudness Rise To Glory Tour:Malaysia 2019 di The Bee, Publika Kuala Lumpur bermula pukul 7 malam pada 10 November ini.

Kedatangan mereka adalah untuk mempromosikan album terbaharu berjudul 'Rise To Glory' yang diterbitkan baru-baru ini dengan mengandungi 13 buah lagi termasuk dua lagu berentak instrumental.

Loudness dijangka akan menghiburkan peminat mereka dengan lagu-lagu daripada album terbaharu itu selain lagu-lagu klasik dipetik menerusi album terdahulu yang pernah menjadi kegilaan dan mempunyai kelas tersendiri.

Lagenda heavy metal Asia itu bakal menghidangkan persembahan bertenaga dengan lagu-lagu hit sepanjang zaman daripada album-album seperti 'Thunder In The East', 'Lightning Strike', 'Hurricane Eyes' dan 'Spiritual Canoe'.

Untuk rekod, kumpulan Loudness merupakan gergasi muzik 'metal' Jepun yang mula menempa nama menerusi Jelajah Amerika Utara dan Eropah pada 1983 dan band Jepun pertama di bawah label antarabangsa, Atlantic Records.

Selain itu mereka turut mencipta sejarah apabila menjadi artis Jepun pertama menggamatkan arena berprestij antarabangsa, Madison Square Garden.

 Konsert Loudness Rise To Glory Tour : Malaysia 2019

Loudness Rise To Glory Tour:Malaysia 2019 dibawakan oleh Live Nation selaku ejen rasmi konsert dan The Bee adalah lokasinya manakala Lampu Neon selaku Promoter Konsert dan Galactix pula selaku penjual tiket rasmi.

Tiket-tiket yang akan dijual mengikut kategori iaitu early bird (RM178), advance(RM208) dan VIP (RM288) boleh didapati menerusi www.galactix.asia/loudnessKL bermula dari 3 Oktober 2019 yang lalu. | Dauza

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang