Posts

Showing posts from June, 2022

JO FLIZZOW BAKAL ULANG KEJAYAAN BERSAMA SONAONE DALAM 'SATU MALAM DI TEMASEK'

Image
    26 JUN 2022 — Dalam sebuah industri yang tidak terjangka, Joe Flizzow nampaknya masih mempunyai sentuhan emas dalam setiap hentian, melewati kerjaya seni dan keperibadiannya. Bermula sebagai salah seorang ahli kumpulan rap duo legenda Too Phat, beliau kini berjaya mencipta nama dan memegang gelaran sebagai penyanyi hip hop nombor satu negara. Malah beliau juga terkenal sebagai penerbit, pencipta lagu serta usahawan yang prolifik, dan sentiasa ingin memajukan  dirinya. Album solo sulungnya yang berjudul The President satu Ketika dahulu pernah merangkul anugerah Album Inggeris Tempatan Terbaik di acara Anugerah Industri Muzik (AIM) 2009. Kejayaan berterusan saat album Bahasa Malaysianya Havoc mencuri tempat pertama di carta iTunes Malaysia pada tahun 2013.  Walau sudah meraih pelbagai kejayaan namun dirinya masih belum ingin berhenti. Beliau kembali dengan sebuah lagi mahakarya berjudul 'SATU MALAM DI TEMASEK SATU MALAM DI TEMASEK', merupakan sebuah karya yang sarat dengan li

Showcase Wings One Night Only Live In Kuching, pasti rock!

Image
 Tiket Konsert Wings yang bakal berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), KLCC, pada 15 Julai ini yang habis dijual dalam tempoh 15 minit selepas dilancarkan bukti kumpulan legenda rock ini mempunyai peminat tersendiri dan luar biasa. Kredibilti yang dibawa Wings sepanjang 38 tahun dalam industri muzik tanah air menjadikan mereka kumpulan yang cukup disegani.  Dianggotai oleh Dato’ Awie (vokalis), Syam dan Edrie (pemain gitar), Eddie (pemain bass) serta Black (pemain dram) adalah nyawa kepada Wings hingga menjadikan mereka kekal relevan sehingga kini.  Selepas sekian lama tidak muncul dengan persembahan berskala besar, Wings kembali menerusi Showcase Wings One Night Only Live In Kuching di Sarawak Chambers, Riverside Majestic Hotel, Kuching pada 27 Ogos 2022.  Penganjurnya Bidari Mohamad Suhaili dari BMS EVENT berkata, alasan utama membawa Wings masuk ke Kuching adalah kumpulan itu mempunyai ramai peminat selain vokalis Datuk Awie yang ada pengikut tersendiri.  “Wings adalah kum

Showcase Awie Romantika, Dato’ Awie & Erra Fazira kembali bersama

Image
Kejayaan penganjuran Konsert Awie Romantika di Stadium Malawati, Shah Alam pada tahun 2020 membuktikan figura bernama Dato’ Awie masih hebat.Apatah lagi konsert yang turut menampilkan penyanyi dan pelakon Erra Fazira itu mengembalikan semula kenangan dan memori indah mereka ketika menjayakan filem Sembilu dan Sembilu 2. Terbuai dengan muzik indah lagu-lagu solo nyanyian Awie, 54, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman seperti Tragedi Oktober, Ukiran Jiwa, Di Bayang Awan, Ratuku, Di Penjara Janji, Alif Ba Ta Duniaku dan banyak lagi membawa peminat larut dan terus jatuh cinta. Selepas dua tahun, aura konsert itu masih kekal dalam ingatan dan disebabkan itu syarikat FazBuzz Event & Media Sdn Bhd dengan kerjasama Awie Entertainment dan HS Shazlicious membawakan Showcase Awie Romantika bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah pada 20 Ogos 2022. Menariknya, Showcase Awie Romantika berkonsepkan makan malam dengan jualan meja ini turut menampilkan pr

DOLLA dan Free Fire Bersedia Untuk "FIGHT!"

Image
  Di kemuncak pelbagai halangan, siapalah yang bakal menyangka bahawa jangka waktu itu akan melahirkan  salah  satu  kumpulan  muzik  paling  berjaya  di  Malaysia  dalam  bentuk  kumpulan, DOLLA! Ya, sewaktuBulan Mac 2020 yang sangat mencabar, kumpulan nyanyian wanita tempatan DOLLA melawan  arus  dan  melancarkan  lagu  hit  pertama  mereka ‘DOLLA Make You Wanna’, sehingga terus mencuri perhatian peminat muzik tempatan.Dan dalam tempoh dua tahun yang penuh halangan ini, tiada yang menjangka bahawa kumpulan ini bakal mencipta pelbagai kenangan manis dan kejayaan dalam kerjaya seni mereka.Dengan enam buah lagu hit termasuk salah satu lagu raya paling popular dewasa ini yang berjudul ‘Raya Raya Raya’, seolah-olah tiada apa yang mampu mengekang empat gadis berbakat ini dari meraih kejayaan. Sempat  mencuba  nasib  sebagai  pelakon  dan  berkesempatan  memenangi  beberapa  anugerah besar,  DOLLA juga  mencipta  sejarah  selepas  menjadi  kumpulan  nyanyian  wanita  pertama Malaysia  yang 

KONSERT JUBLI EMAS HETTY KOES ENDANG BERTARAF LIMA BINTANG

Image
  Pengangur janji berikan yang terbaik untuk konsert istimewa itu. Siapa sangka, bermula dari perbuatan santai akhirnya impian penyanyi lagenda dari Indonesia, Hetty Koes Endang untuk mengadakan konsert di Malaysia sempena 50 tahun pembabitannya dalam bidang seni bakal menjadi kenyataan. Dibawakan khas oleh Mahajaya Empire Sdn Bhd, Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang ini bakal berlangsung pada 27 Ogos depan di Manhattan Ballroom, Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.  Berkongsi keterujaan menganjurkan konsert istimewa itu, Ketua Pegawai Eksekutif Mahajaya Empire Sdn Bhd, Abdul Kadir Ibrahim memaklumkan perancangan konsert itu dibuat secara spontan selepas penyanyi tersohor itu meluahkan hasrat untuk mengadakan konsert di Malaysia.  “Kebetulan kami memang sudah lama bersahabat baik dan dalam satu pertemuan dengan Hetty, dia ada menyatakan hasrat untuk mengadakan konsert khas sempena lima dekad pembabitannya dalam bidang muzik.  “Tertarik dengan impian yang diluahkannya itu, kami pu

PROGRAM PEMANTAPAN JATI DIRI DAN BINA WAWASAN CEMERLANG BELIA – SUKARELAWAN SELANGOR (SERVE)

Image
YB Tuan Mohd Khairuddin Othman (EXCO Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan & Pembangunan Modal Insan Selangor) bergambar bersama Jawatankuasa terilbat serta peserta kursus.  Hulu Bernam: Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan & Pembangunan Modal Insan Selangor telah mengadakan program pemantapan jati diri dan bina wawasan cemerlang belia sukarelawan selangor (SERVE) bermula 17 jun 2022 sehingga 19 jun 2022 (Jumaat-Ahad) bertempat di Teratak Bernam Riverview. Program yang melibatkan hampir 100 peserta. Antara objektif program ini adalah untuk melatih kekuatan fizikal dan mental para sukarelawan, memberikan pendedahan modul latihan sukarelawan beridealisme, memupuk sifat kepimpinan dan kerjasama dalam kalangan peserta dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kesukarelawanan di lapangan. Di dalam ucapan YB Tuan Mohd Khairuddin Othman, beliau berkata Kerajaan Negeri mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh sukarelawan semasa mis

AMIR UK's ANGGAP KONSERT REUINON 25 TAHUN BERJAYA

Image
  Antara segmen menarik iaitu Amir berduet bersama Saari Amri mendendangkan lagu "Kita Sama Kita". Foto: Azuddin Ahmad Zin. Malam tadi (17 Jun 2022) berlangsung satu konsert "KONSERT U.K's REUNION 25 TAHUN" yang berlangsung di Istana Budaya. Ini merupakan konsert untuk hari pertama diadakan yang mana konsert ini berlangsung selama 2 malam 17 dan 18 JUN 2022. Dengan mengayakan 3 busana, Amir tampil penuh bergaya dengan pembukaan lagu 'Kau Satu-Satunya'..Sebelum itu semua penonton berdiri bagi menghormati lagu Negaraku. Selesai lagu Negaraku tepukan gemuruh penonton berkumandang di Istana Budaya dengan kemunculan Amir. Kehadiran penonton dianggar 85% memenuhi ruang tempat duduk terus kyusuk mendengar lirik-lirik dari nyanyian Amir disamping penonton tidak dibenarkan merakam foto atau video menggunakan telefon bimbit.  13 lagu hits U.K's di perdengarkan di samping 5 medley, 1 duet dan 1 lagu tribute untuk arwah Izhar Azwa Daud. Arwah merupakan arangger

KPDNHEP MEMPERTINGKATKAN PENGUATKUASAAN MEMBANTERAS PENYELEWENGAN DAN PENYELUDUPAN BAHAN PETROLEUM DIESEL DAN RON95 BERSUBSIDI

Image
  YBrs. Tuan Azman Bin Adam, Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP menunjukkan lori pasir yang telah di ubahsuai menempatkan tangki minyak untuk kerja-kerja penyeludupan minyak diesel bagi mengaburi pihak berkuasa. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memandang serius isu ketirisan barang kawalan/bersubsidi terutamanya ke atas bahan petroleum diesel dan RON 95 bersubsidi yang dilihat semakin berleluasa kebelakangan ini. Seramai 2,200 anggota penguat KPDNHEP kuasa seluruh Negara digerakkan untuk membuat pemeriksaan dan pemantauan dilapangan setiap hari bagi memastikan bahan petroleum ini tidak diseleweng kepada industri yang tidak layak dan diseludup ke luar Negara. Situasi ini akhirnya boleh menyebabkan berlaku gangguan bekalan di pasaran yang menjejaskan keperluan pengguna tempatan dan beban subsidi yang semakin tinggi akan ditanggung oleh Kerajaan. Terbaru, satu kes penyelewengan minyak diesel bersubsidi di sebuah stor haram di Klang Selangor berjaya dipatah

SIQMA FEATURING AFIF TIRMIZIE, HARAP MAGIS "BINTANG"

Image
  Nama penyanyi dan rapper Siqma sudah meniti di bibir peminat lantaran rap yang disampaikan memiliki rentak dan gaya tulisan berkonsepkan ritma atas puisi. Sekaligus menjadikan Siqma berbeza daripada kebanyakan rapper seangkatan dengannya.Malah, populariti diraih Siqma, 27, atau nama sebenarnya Rahmat Zulhilmi Abdul Razak menerusi lagu-lagu ciptaannya sendiri yang dikongsi di YouTube sejak 2017 sudah cukup membuktikan dia memiliki kelompok peminat tersendiri. Pernah melancarkan beberapa single antaranya Salam 1001, Cemas, Raja Simurgh dan dipinggirkan, Siqma kini muncul dengan buah tangan terbaharu berjudul BINTANG berkolaborasi bersama penyanyi Afif Tirmizie.Siqma juga  pencipta  lagu BINTANG bersama Kmy  Kmo yang diterbitkan  oleh  syarikat  rakaman Universal Music Malaysia berkata, lagu itu lebih kepada cinta, memori dan duka seseorang. “Pada mulanya idea asal lagu BINTANG ini mengisahkan mengenai pandangan kehidupan saya sebagai seorang anak kepada keluarga tetapipadasaat akhir pr

Fattah Amin Mahu PADAMU Jadi Terapi Jiwa Buat Pendengar

Image
  “Lagu ini mengisahkan tentang rasa seorang hamba pada pencipta-Nya yang sentiasa percaya pada-Nya."..Fattah Amin. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Satu demi satu kejayaan yang dicapai pelakon dan penyanyi Fattah Amin dalam dunia seni mahu pun kehidupan peribadi tidak pernah menjadikan dirinya lupa dari mana asal usulnya.  Malah menurut Fattah, jika berlaku kegagalan atau pun doa yang belum dimakbulkan, sebagai hamba jangan pernah bersangka buruk kepada Allah dan teruslah melafazkan rasa syukur atas segala kurniaan ataupun ujian yang diberikan.  Berpegang teguh kepada prinsip itu, Fattah menterjemahkan perasaannya itu menerusi single baharu berjudu! Padamu hasil ciptaan komposer dan penyanyi !khwan Fatana dan Wan Salleh. Masih mengekalkan konsep ketuhanan untuk buah tangan terbarunya itu, pemilik nama lengkap Abdul Fattah Mohd Amin ini mendedahkan lirik asal lagu itu terpaksa dirombak untuk disesuaikan dengan jalan cerita yang dia inginkan.  “Lagu ini mengisahkan tentang rasa seorang ha

KMY KMO, LUCA SICKTA PILIH HAZAMA UNTUK KOLABORASI LAGU "MAKUTA"

Image
  Selepas  kejayaan  merakamkan  tiga  single  dengan  penyanyi tersohor negara iaitu Dato’M.Nasir menerusi lagu Zuhud, diikuti Dato’Sri Siti Nurhaliza menerusi 7 Nasihat dan Dato’Jamal Abdilllah dalam Neraca, kini duo hip hop popular, Kmy Kmo dan Luca Sickta tampil berkolaborasi dengan penyanyi pop rock tanah air, Hazama menerusi lagu berjudul MAKUTA.Lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh dua penyanyi muda ini sememangnya memiliki mesej yang cukup mendalam selain menggabungkan elemen hip hop dan rock serta konsep Nusantara dalam buah tangan kali ini. Menurut  Kmy  Kmo  atau  nama  sebenarnya  Lukmanul  Hakim,  penghasilan MAKUTA menitikberat kan  gambaran  serta  amaran  yang  sudah  dan  bakal  berlaku  dalam  memberi  kesedaran kepada pendengar secara menyeluruh.“MAKUTAyang   bermaksud   Mahkota   dari   bahasa   Sunda   ini   mengisahkan   propaganda, ketidakadilan, dan korupsi yang berlaku pada dunia pekerjaan dan juga pada kehidupan harian kita. “MAKUTA" atau Mahkota juga lebi

DIN DAN KID DIUJI DENGAN PENYANYI BARU DENDEN GONJALEZ DI KONSERT SEARCH ROCKIN' ON ROOFTOP

Image
  Persembahan Search cukup bertenaga dengan kehadiran penyanyi baru Denden Gonjalez serta penampilan khas Ratu Rock Ella. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Satu lagi sejarah Industri hiburan tercatat apabila Search dengan jayanya dapat merialisasikan sebuah konsert berskala besar di atas bumbung bangunan Campbell Kuala Lumpur. Yang lebih menarik, pentas yang dibangunkan dengan susunan peralatan sistem bunyi, sistem pencahyaan dan sistem layar besar semuanya diuji dengan hujan dari petang hari, walau pun terdapat beberapa cabaran seperti layar besar rosak dan tv monitor beberapa kali terpaksa ditukar namun sedikit pun tidak mencacatkan konsert yang diatur lebih 3 bulan sahaja itu. Bermula dari bawah Kompleks Campbell pada petang hari, rata-rata berteduh dari hujan lebat menimbulkan suasana konsert di tahun 90an. Nuansa ini seperti deejavu apabila penonton berduyun dan rata-rata memakai baju, topi atau logo search pada pakaian mereka. Mood konsert sangat terasa sehingga membuatkan terasa seperti