DOLLA dan Free Fire Bersedia Untuk "FIGHT!"

 


Di kemuncak pelbagai halangan, siapalah yang bakal menyangka bahawa jangka waktu itu akan melahirkan  salah  satu  kumpulan  muzik  paling  berjaya  di  Malaysia  dalam  bentuk  kumpulan, DOLLA! Ya, sewaktuBulan Mac 2020 yang sangat mencabar, kumpulan nyanyian wanita tempatan DOLLA melawan  arus  dan  melancarkan  lagu  hit  pertama  mereka ‘DOLLA Make You Wanna’, sehingga terus mencuri perhatian peminat muzik tempatan.Dan dalam tempoh dua tahun yang penuh halangan ini, tiada yang menjangka bahawa kumpulan ini bakal mencipta pelbagai kenangan manis dan kejayaan dalam kerjaya seni mereka.Dengan enam buah lagu hit termasuk salah satu lagu raya paling popular dewasa ini yang berjudul ‘Raya Raya Raya’, seolah-olah tiada apa yang mampu mengekang empat gadis berbakat ini dari meraih kejayaan. Sempat  mencuba  nasib  sebagai  pelakon  dan  berkesempatan  memenangi  beberapa  anugerah besar,  DOLLA juga  mencipta  sejarah  selepas  menjadi  kumpulan  nyanyian  wanita  pertama Malaysia  yang  menghiasi  papan  iklan  digital  tersohor  di  di  bandar  raya  New  York  selepas beberapa bintang Malaysia lain seperti Yuna dan Layla Sania.

Dan  kini  melebarkan  sayap  mereka  lebih  jauh, kuartet  ini  bakal  meninggalkan  impak  dalam industri permainan dalam talian melalui kolaborasi bersama permainan mudah alih Garena untuk kempen “Free Fire Untuk Semua”.

Kerjasama DOLLA bersama permainan berbentuk aksi perlawanan tersohor ini juga berpkasi pada sebuah  lagu  yang  dicipta  khas  berjudul ‘FIGHT’.Kempen  induknya, “Free Fire Untuk Semua,” bertujuan  membawa  para  pemain  bersama,  dengan  Free  Fire  mewakili  ikatan  yang  mereka kongsi. Kerjasama ini melambangkan usaha berterusan Garena’s untuk mewujudkan kandungan berunsur tempatan buat komuniti Free Fire di Malaysia.Bahagian terbaharu kempen memberi fokus kepada pemerkasaan aneka budaya melalui Free Fire, sejajar dengan kempen “Free Fire Untuk Semua Budaya” (“Free Fire For All Cultures” dalam Bahasa Inggeris). Ini dibuktikan lewat kolaborasi bersama DOLLA,  yang  terdiri daripada -Sabronzo,  Tabby,  Angel  dan  Syasya –yang  membariskan  ahli  kumpulan dengan latar belakang budaya yang berlainan.

“FIGHT”, menggabungkan beberapa bahasa dan unsur tradisional untuk menekankan tema budaya. Lagu ini turut menampilkan beberapa kata kunci penting dari acara tahunan Free Fire yang berjudul Rampage, yang akan berjalan serentak bersama kempen “Free Fire Untuk Semua Budaya” bulan ini.

“Melakukan penggambaran untuk Free Fire adalah satu pengalaman luar biasa. Itulah pertama kali kami terpaksa berlatih untuk gerakan lagak ngeri bersama kesan visual khas. Pengarah kami memang hebat,” ujar Tabby, salah seorang ahli kumpulan tersebut.

“Kami sangat bersyukur dan ingin berterima kasih kepada para  pelagak  ngeri  terbabitkerana  sudi mengajar kami cara berlawan dan menggunakan senjata. Terima kasih kerana sentiasa menjaga kami dan memastikan tiada kecederaan yang serius terjadi. Saya memang menantikan Kerjasama ini dan tidak sabar untuk melihat peminat kami menyertainya,” tambah Sabronzo.

Sungguh pun begitu, penggambaran ini ada cabarannya dan salahs eorang ahli kumpulan, Syasya sempat mengulas berkenaan hal tersebut.

“Kami tak pernah buat aksi lagak ngeri atau sebarang bentuk gerak lawan sebenar. Jadi pengalaman ini sesuatu yang baru. Dan bila terpaksa membayangkan suasana dengan kesan visual, itu satu cabaran juga,” jelas Syasya.

“Oleh kerana ini permainan dalam talian berbentuk perlawanan dengan banyak pihak, Kerjasama adalah sangat penting. Saya gembira DOLLA menjadi sebahagian dari kempen ini kerana dengan cara itulah kami bertahan. Kerjasama!” ujar Angel.

Gelombang terbaharu acara “Free Fire Untuk Semua” akan berlangsung dari 13 hingga 30 Jun dan akan menyaksikan Free Fire meraikan perbezaan dalam komuniti.Lagu kolaborasi berjudul FIGHT akan dilancarkan dengan sebuah video muzik rasmi pada 17 Jun dan boleh juga  didiapati  di  semua  wadah  penstriman  digital  serta  laman  Facebook,  Instagram,  dan  YouTube  Free Fire.

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang