KMY KMO, LUCA SICKTA PILIH HAZAMA UNTUK KOLABORASI LAGU "MAKUTA"

 


Selepas  kejayaan  merakamkan  tiga  single  dengan  penyanyi tersohor negara iaitu Dato’M.Nasir menerusi lagu Zuhud, diikuti Dato’Sri Siti Nurhaliza menerusi 7 Nasihat dan Dato’Jamal Abdilllah dalam Neraca, kini duo hip hop popular, Kmy Kmo dan Luca Sickta tampil berkolaborasi dengan penyanyi pop rock tanah air, Hazama menerusi lagu berjudul MAKUTA.Lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh dua penyanyi muda ini sememangnya memiliki mesej yang cukup mendalam selain menggabungkan elemen hip hop dan rock serta konsep Nusantara dalam buah tangan kali ini. Menurut  Kmy  Kmo  atau  nama  sebenarnya  Lukmanul  Hakim,  penghasilan MAKUTA menitikberat kan  gambaran  serta  amaran  yang  sudah  dan  bakal  berlaku  dalam  memberi  kesedaran kepada pendengar secara menyeluruh.“MAKUTAyang   bermaksud   Mahkota   dari   bahasa   Sunda   ini   mengisahkan   propaganda, ketidakadilan, dan korupsi yang berlaku pada dunia pekerjaan dan juga pada kehidupan harian kita.

“MAKUTA" atau Mahkota juga lebih menjuruskan kepada ketua, pengurus, dan juga wanita kerana golongan ini mempunyai mahkota tersendiri dengan kuasa yang dimiliki. Mereka mampu membawa  setiap  agenda  atau  tanggungjawab  itu  kearah kebaikan  atausebaliknyadengan mempergunakan Makuta/Mahkota sebagai senjata kuasa veto.“Tidak dinafikan pengurus atau ketua yang diberikan mahkota dalam satu perbadanan mampu mengubah  pengikut-pengikut  menjadi  lebih  baik  dengan  penuh  rasa  tanggungjawab,  malah golongan ini juga mampu mempergunakan pengikut-pengikutnya dengan kuasa.

 “Mahkota” yang diamanahkan demi kepentingan diri sendiri.“Jika dilihat daripada sudut wanita, ‘Mahkota’ boleh disifatkan sebagai sesuatu yang berharga dan  dalam  masa  sama  mampu  menjadi  senjata  yang  berbahaya atau membunuh  jika  ia digunakan dengan niat jahat,” katanya.


Mengakui  single MAKUTA memberi cabaran tersendiri memandangkan tiga single terdahulu memberiimpak besar kepada pendengarsetianya, Kmy bagaimanapun berusahamenghasilkan lirik yang berbekas di hati pendengar. 

“Proses penulisan agak mencabar  keranasebelum  ini  kami  sudah  keluarkan  tiga  lagu  yang memberi  impak  besar kepada  pendengar dan  secara  tidak  langsungmemberi  satu tekanankepada kami untuk mengekalkan momentum karya-karya kami. Namun kami percaya pendengar akan  terus  mengkaji  setiap bait-bait  lirik yang kami sajikan dalam memahami  dan menghayati apa pula rahsia di sebalik lirik lagu MAKUTA,” katanya.

Menyentuh  mengenai  kolaborasi  dengan pelantun lagu Relakan Jiwa  itu, Luca  Sickta  berkata, pemilihan Hazama  diputuskan  selepas mengambil kira  bakat, karakter dan personaliti seorang penyanyi rock yang dimilikinya.


“Saya berpendapat bahawa MAKUTA adalah satu naskhah yang penuh berisi dan saya berikan sepenuh jiwa untuk menggalas tanggungjawab untuk menyumbangkan suara dalam karya hebat ini agar sampai ke hati para pendengar” kata Hazama.


“Bagi saya Hazama adalah seorang penyanyi yang sangat menjiwai setiap apa yang diamanahkan. Dia tahu  apa  itu  seni  lagudan  seperti  yang  semua  tahu  setiap  lagu  yang  disampaikan  Hazama menusuk ke kalbu.“Saya juga melihat kehadiran Hazama ini sebagai seorang legenda muda. Hazama juga seorang penyanyi yang sangat kami hormati dengan bakat dan karakternya yang begitu bersahaja,” katanya.

Beralih mengenai cabaran menghasilkan lagu MAKUTA, Luca berkata, lagu terbabit sepatutnya dilancarkan lebih awal namun disebabkan pandemik Covid-19, pihaknya   tidak   dapat memperdengarkan kepada peminat sehingga dirinya sukar untuk bergerak  menghasilkanlagu seterusnya.

“Demo pertama dirakam pada 2020 sebelum pandemik dan vokal Hazama dirakam pada pertengahan tahun lepas. Saya akui proses kali ini agak ‘slow & steady’ kerana jadual pengeluaran kami terpaksa ditangguhkan hampir dua tahun kerana wabak berbahaya ini.“Bagaimanapun  berpeluang  berkerjasama  dengan  penyanyi  yang  bersuara  rock  ini  sangat menyeronokkan. Kami cuma perlukan satu sesi rakaman, walau konteks lagu ini agak serius tapi Hazama berjaya menghadam lirik lagu ini dengan cepat,”katanya.


 Muzik video (MV) Makuta masih mengekalkan produksi Cinema Malaya selepas kejayaan menghasilkan tiga MV terdahulu.“Ia adalah suatu penghargaan untuk berkolaborasi bersama dua penyanyi rap yang seperti Kmy Kmo dan Luca Sickta. Melihat kepada karya-karya mereka sebelum ini dan pengalaman mereka bekerjasama dengan nama-nama besar dalam industri seni tanah air seperti Dato’ M. Nasir, saya rasa kedua-dua rapper ini perlu diberi perhatian yang lebih”.

Jangan  lupa  untuk  dengarkan  lagu MAKUTA di semua platform  digital seperti Spotify,  Apple Music, Joox, KKBOX dan YouTube Music bermula 3 Jun ini manakala  MV MAKUTA bakal dilancarkan disaluran YouTube Kmy Kmo Official pada 10 Jun ini.

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang