Showcase Awie Romantika, Dato’ Awie & Erra Fazira kembali bersama
Kejayaan penganjuran Konsert Awie Romantika di Stadium Malawati, Shah Alam pada tahun 2020 membuktikan figura bernama Dato’ Awie masih hebat.Apatah lagi konsert yang turut menampilkan penyanyi dan pelakon Erra Fazira itu mengembalikan semula kenangan dan memori indah mereka ketika menjayakan filem Sembilu dan Sembilu 2.
Terbuai dengan muzik indah lagu-lagu solo nyanyian Awie, 54, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman seperti Tragedi Oktober, Ukiran Jiwa, Di Bayang Awan, Ratuku, Di Penjara Janji, Alif Ba Ta Duniaku dan banyak lagi membawa peminat larut dan terus jatuh cinta.
Selepas dua tahun, aura konsert itu masih kekal dalam ingatan dan disebabkan itu syarikat FazBuzz Event & Media Sdn Bhd dengan kerjasama Awie Entertainment dan HS Shazlicious membawakan Showcase Awie Romantika bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah pada 20 Ogos 2022.
Menariknya, Showcase Awie Romantika berkonsepkan makan malam dengan jualan meja ini turut menampilkan primadona filem Melayu, Erra Fazira.
Pengarah Urusan FazBuzz Event & Media juga penganjur utama persembahan, Fazura Azima AG Sha berkata, pemilihan Awie adalah tepat selain gandingan bersama Erra yang turut dinantikan peminat.
“Sebenarnya, selepas kejayaan Konsert Romantika Awie dua tahun lalu, memang kami ada perancangan untuk membawakan persembahan ini di Sabah tapi tertunda ekoran pandemik dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selepas semuanya kembali normal, saya kira ini waktu sesuai untuk teruskan. Lagi pula di Sabah sudah lama tidak ada persembahan besar ‘live’ penyanyi dari Kuala Lumpur.
Sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan Awie sempena persembahan Minggu Setiausaha pada awal tahun 2000 di Sandakan. Boleh dikatakan kenalan lama dan tahu kredibilitinya sebagai penghibur. Baru-baru ini dia ada datang di Kota Kinabalu bagi menjayakan sebuah persembahan. Nampak sangat dia penyanyi yang ada kualiti suara yang boleh menghiburkan peminat.
Kiranya membawakan semula Awie bersama Erra pasti berbaloi apatah kejayaan pada konsert sebelum ini. Kalau tidak, saya pun tak berani nak bawa mereka. Bagi saya, Awie ialah penyanyi legenda yang masih kekal dengan suara dan persembahan. Erra pula ikon yang masih digilakan. Gandingan ini akan menjadi impka baik,” katanya.
Menurut Faz, dia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Awie Entertainment dari segi konsep persembahan dan pemilihan lagu.
“Konsep, lagu dan apa saja berkaitan persembahan saya serahkan kepada pihak Awie. Saya beri kepercayaan penuh dan tambah idea sikit-sikit saja. Sebab mereka sudah pernah buat jadi pengalaman itu sudah ada.
Dalam masa sama, pada Showcase Romantikan Awie ini juga penonton boleh berhibur sambil menderma. Semua tahu di Sabah ada beberapa kawasan yang sebelum ini terkena banjir besar dan ramai keluarga terkesan. Jadi, kita mahu membantu mereka dengan sedikit sumbangan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan HS Shazlicious juga penganjur bersama Showcase Romantika Awie, Mubarak Akhtar berkata, persembahan itu adalah kesinambungan daripada Konsert Romantika Awie sekali gus menyifatkan gabungan Awie dan Erra masih relevan.
“Persembahan ini adalah kolaborasi kedua Awie dan Erra. Kenapa kembalikan persembahan ini kerana yang pertama memang ‘meletup’. Cuma Kali ini kembalikan dalam konsep makan malam. Bukan tak berani konsert, tapi buat skala medium dulu. Sambutan yang pertama tu tiket habis dan memang di luar jangka sebab mengembalikan nostalgia mereka dalam filem.
Sama macam konsert, Showcase Romantika Awie ini juga bukan menyanyi semata-mata, tapi ada sedikit lakonan atas pentas. Peminat nak tengok itu daripada mereka.
Kalau nak cakap soal relevan, sebenarnya artis lama ni masih relevan. Kebanyakan penyokong mereka dalam umur mereka. Macam baru-baru ini pun kebanyakan konsert orang lama semua laris. Jadi orang masih nak tengok dan tertunggu-tunggu. Apatah lagi selepas pandemik Covid-19.
Sebagai penganjur bersama, harapan saya agar sambutan tiket Showcase Romantika Awie ini juga laris seperti mana saya buat Raikan Cinta Ramadan Wings pada Ramadan lalu yang mana tiket laris dalam masa lima hari. Jadi, jelas peminat Awie masih ada. Awie dan Erra ini pun ada peminat tersendiri,” katanya.
Showcase Romantika Awie berdurasi 1 jam 30 minit dan dijangka mempersembahkan 18 lagu termasuk lagu duet. Barisan pemuzik yang bakal mengiringi persembahan terdiri daripada Pengarah Muzik, Rozario, Ritz Metal Asia (gita), Fly (bass) dan Paie (dram).
Tiket menyaksikan Showcase Romantika Awie mula dijual selepas acara sidang media pada 23 Jun ini. Kategori tiket seperti berikut;
Platinum: RM12,000 (Semeja untuk 10 orang)
Gold: RM8,000 (Semeja untuk 10 orang)
Silver: RM5,000 (Semeja untuk 10 orang)
Bronze: RM3,500 (Semeja untuk 10 orang)
Untuk tempahan boleh menghubungi Perry Hussin 013-8688282; Fernalis 013-8034232; Shaira 011-1002383 dan Hana 019-6928417.
Selain itu, nombor lain yang boleh dihubungi adalah Zul Sayap Wings 010-2480106; Shasha 019-7695588 dan Sofiq 012-3636790.
Comments
Post a Comment