PROGRAM PEMANTAPAN JATI DIRI DAN BINA WAWASAN CEMERLANG BELIA – SUKARELAWAN SELANGOR (SERVE)

YB Tuan Mohd Khairuddin Othman (EXCO Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan & Pembangunan Modal Insan Selangor)bergambar bersama Jawatankuasa terilbat serta peserta kursus.


 Hulu Bernam: Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan & Pembangunan Modal Insan Selangor telah mengadakan program pemantapan jati diri dan bina wawasan cemerlang belia sukarelawan selangor (SERVE) bermula 17 jun 2022 sehingga 19 jun 2022 (Jumaat-Ahad) bertempat di Teratak Bernam Riverview.

Program yang melibatkan hampir 100 peserta. Antara objektif program ini adalah untuk melatih kekuatan fizikal dan mental para sukarelawan, memberikan pendedahan modul latihan sukarelawan beridealisme, memupuk sifat kepimpinan dan kerjasama dalam kalangan peserta dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kesukarelawanan di lapangan.

Di dalam ucapan YB Tuan Mohd Khairuddin Othman, beliau berkata Kerajaan Negeri mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh sukarelawan semasa misi pembersihan pasca banjir, Kerajaan Negeri telah bekerjasama bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor untuk memberikan latihan khusus kepada sukarelawan-sukarelawan yang akan membuat kerja-kerja penyelamatan ketika bencana banjir. Unit Sukarelawan ini diberi nama sebagai SERVE RESCUE.

YB Tuan Mohd Khairuddin Othman (EXCO Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan & Pembangunan Modal Insan Selangor) ketika memberikan ucapan.

Kerajaan Negeri juga merangka Dasar Belia Selangor 2020 yang menyebut berkaitan kepimpinan di dalam Domain 1: Kepimpinan dan literasi politik:

Isu Teras : Literasi dan kematangan politik dan demokrasi yang masih rendah dalam kalangan belia di Selangor - Masih kurang penglibatan belia yang memimpin di pelbagai peringkat di Selangor.

Strategi Dasar : Pewujudan Kongres Belia Selangor - Pelaksanaan Kuota Representatif belia sebagai ahli dalam kepimpinan masyarakat merentas sektor (politik, sosial, komuniti, korporat) - Pelaksanaan had penggal (term limit) dalam pertubuhan belia - Pelaksanaan program pendidikan kepimpinan, politik dan demokrasi.

Program ini telah mendapat kerjasama baik daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Negeri Selangor, Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS), Institut Darul Ehsan (IDE) dan Universiti Selangor (UNISEL).




Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang