Mira Filzah Bintang Paling Popular 2019

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2019) Edisi 32 semalam telah mengangkat pelakon dan pengacara Mira Filzah sebagai Bintang Paling Popular tahun ini sekaligus mengetepikan 5 calon Top 5 antaranya Syafiq Kyle, Khai Bahar dan Siti Nordiana yang juga menerima dua pencalonan didalam kategori utama anugerah tersebut. Selain dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2019, Mira Filzah turut mengungguli 2 kategori utama lain yang dipertandingkan; Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa serta Gandingan Serasi Drama Popular untuk kategori online. Secara keseluruhannya, Mira Filzah telah menerima sebanyak 6,320,463 jumlah undian pada anugerah edisi tahun ini. Dengan kemenangan tersebut Mira Filzah membawa pulang hadiah utama berupa sebuah kereta Nissan X-Trail dan trofi. Sementara itu penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana yang merupakan saingan terdekat kepada Mira Filzah turut memenangi dua kategori anugerah utama iaitu kategori...