NQCC Jalin Kerjasama Bersama China's Little Kid Stars Bagi Penganjuran Asia's Kid Star


Pada 31 Julai 2019 yang lalu, NQ Cultural Commercial Sdn. Bhd (NQCC) telah melancarkan majlis pra-pelancaran program Asia's Kid Star (AKS) yang telah disempurnakan oleh YAM Tunku Muna Najiah lbni Almarhum Sultan Iskandar Al Haj. Rentetan dari penganjuran majlis ini, NQCC sekali lagi menganjurkan satu majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama China Little Kid's Star (CLKS) bagi penganjuran bersama AKS bagi penyertaan kanak-kanak dari Negara China. 

CLKS merupakan sebuah institusi yang dibangunkan bagi mencungkil bakat kanak-kanak di beberapa bandar besar di China untuk diketengahkan hingga ke peringkat antarabangsa. CLKS akan membawa lebih 300 penyertaan kanak-kanak dari negara China didalam penganjuran Asia's Kids Star yang akan diadakan di Malaysia. Asia's Kids Star adalah satu program pencarian bakat kanak-kanak dalam pelbagai bidang seni antaranya tarian, nyanyian, peragaan dan lukisan. Asia Kids Star juga turut membuka penyertaan kanak-kanak dari beberapa negara lain di Asia. 

Ujibakat bagi pencarian kanak-kanak untuk mewakili Malaysia akan diadakan pada bulan Oktober 2019. Pihak penganjur mensasarkan lebih 2,000 kanak-kanak akan menyertai sesi ujibakat didalam empat cabang seni yang bakal dipertandingkan. Melalui sesi ujibakat ini, penganjur akan memilih 30 penyertaan untuk setiap kategori bagi mewakili Malaysia ke pertandingan Asia's Kids Star yang akan berlangsung pada bulan Febuari 2020 yang akan diadakan di Kuala Lumpur.

Pengerusi NQ Cultural Commercial SB, En. Mazlan Goh  bertukar perjanjian MoU bersama Madam Pan LiPing, Ketua Pegawai Eksekutif, China Little Kid Star  
Sehingga kini, pihak penganjur telah menerima lebih 300 permohonan penyertaan oleh kanak-kanak dari negara China. Jumlah ini tidak termasuk bilangan penyertaan secara jemputan dari Negara-Negara Asia yang lain. Penganjur menjangka akan menerima lebih 500 penyertaan kanak-kanak secara keseluruhan dari semua Negara Asia yang dijemput. Antara negara jemputan penyertaan Asia's Kids Star adalah China, Taiwan, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Hong Kong.

Penganjur Asia's Kids Star dan rakan strategik CLKS berharap dapat menganjurkan Asia's Kids Star dengan jayanya serta mendapat sokongan dari pelbagai pihak, khasnya pihak media. Peranan media adalah sangat diharapkan bagi memberi publisiti serta promosi atas usaha untuk mengembangkan bakat kanak-kanak Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang