Sufie Rashid & Nurulain Selamat Bernikah


JUARA Akademi Fantasia 2015, Sufie Rashid, 28 akhirnya selamat bergelar suami kepada  Nurulain dengan sekali lafaz sebentar tadi. 

Sufie atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid mengikat tali pertunangan dengan pengasas produk makanan Krispy Krunchee, Nurulain Md Yusof pada 15 Disember 2018, hampir setahun yang lalu.

Difahamkan, majlis pernikahan ini hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat sahaja yang diadakan secara sederhana atas permintaan keluarga pasangan tersebut. Majlis bermula pada jam 9.30 pagi tadi bertempat di Pulse Grande Hotel Putrajaya menyaksikan dulang hantaran sembilan berbalas tujuh serta cek hantaran perkahwinan berjumlah RM20,000.00 serta mas kahwin sebanyak SGD300.00 dan sebentuk cincin.

Sufie dinikahkan oleh bapa kepada pengantin perempuan itu sendiri dan dikendalikan  oleh juru nikah yaitu  Ustaz Haji Hasli Othman Pendaftar Nikah Putrajaya. Majlis resepsi bakal  berlangsung pada esok, 22 September 2019 di Glam Hall, Mustapha Kamal, Damansara Perdana.

Sufie dan Ain berkenalan pada penghujung 2016 sebelum mereka mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang mereka. Menurut Sufie, dia merasakan cukup bertuah apabila mengenali isterinya untuk menjadi peneman hidup.

"Saya bersyukur kerana saya dijodohkan dengan Ain. Ain merupakan isteri yang sangat memahami kerjaya saya sebagai seorang selebriti. Dia tidak pernah menghalang untuk saya terus berkarya dalam industri seni" - Sufie Rashid. 

Tambahnya lagi, dia memohon agar peminat mendoakan kebahagiaan mereka hingga ke jannah. Majlis pernikahan serta persandingan telah di sediakan oleh perancang majlis DWIKARYA WEDDING AND EVENT.
GALERI | SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN SUFIE RASHID & NURULAIN




Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang