Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2019) Edisi 32 semalam telah mengangkat pelakon dan pengacara Mira Filzah sebagai Bintang Paling Popular tahun ini sekaligus mengetepikan 5 calon Top 5 antaranya Syafiq Kyle, Khai Bahar dan Siti Nordiana yang juga menerima dua pencalonan didalam kategori utama anugerah tersebut.
Selain dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2019, Mira Filzah turut mengungguli 2 kategori utama lain yang dipertandingkan; Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa serta Gandingan Serasi Drama Popular untuk kategori online.
Secara keseluruhannya, Mira Filzah telah menerima sebanyak 6,320,463 jumlah undian pada anugerah edisi tahun ini. Dengan kemenangan tersebut Mira Filzah membawa pulang hadiah utama berupa sebuah kereta Nissan X-Trail dan trofi.
Sementara itu penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana yang merupakan saingan terdekat kepada Mira Filzah turut memenangi dua kategori anugerah utama iaitu kategori Penyanyi Wanita Popular DuitNow dan Pengacara TV Popular.
ABPBH2019 bersiaran secara lansung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dihoskan oleh AC Mizal dan Elly Mazlein.
SENARAI PEMENANG ABP32
Kategori Utama
- Bintang Paling Popular: Mira Filzah
- Pelakon Filem Lelaki Popular: Fattah Amin
- Pelakon Filem Wanita Popular: Mira Filzah
- Penyanyi Lelaki Popular DuitNow: Khai Bahar
- Penyanyi Wanita Popular DuitNow: Siti Nordiana
- Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular: Dayang Nurfaizah & Hael Husaini
- Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa: Syafiq Kyle
- Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa: Mira Filzah
- Pengacara TV Popular: Siti Nordiana
- Penyampai Radio Popular: DJ Lin
- Artis Komedi Popular: Zizan Razak
- Artis Versatil Popular: Janna Nick
- Artis Baharu Lelaki Popular: Adam Lee
- Artis Baharu Wanita Popular: Haneesya Hanee
- Artis Korea Popular: BTS
- Artis Indonesia Popular: Laudya Cynthia Bella
- Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat: Kumpulan Raihan
Kategori Online
- Artis Sensasi Popular: Haqiem Rusli
- Gandingan Serasi Drama Popular: Mira Filzah & Remy Ishak
- Gandingan Serasi Filem Popular: Hannah Delisha & Syafiq Kyle
- Pelakon Watak Antagonis Popular: Shukri Yahaya
- Lagu Paling Boom: Selamat Tinggal Sayang (Haqiem Rusli)
 |
Anugerah Artis Baharu Lelaki Popular, Adam Lee |
 |
Artis Baharu Wanita Popular, Haneesya Hanee |
 |
Artis Komedi Popular: Zizan Razak |
 |
Penyampai Radio Popular: DJ Lin |
 |
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular: Dayang Nurfaizah & Hael Husaini |
 |
Penyanyi Lelaki Popular DuitNow: Khai Bahar |
 |
Penyanyi Wanita Popular DuitNow & Pengacara TV Popular: Siti Nordiana |
 |
Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa & Gandingan Serasi Filem Popular: Syafiq Kyle |
 |
Artis Versatil Popular: Janna Nick |
Comments
Post a Comment