Mahadi Badrul Zaman Terima Anugerah 'The Jewels of Muslim World' 2019



Pengasas kepada Financial Genius Group (FGG), Dato' Sri Mahadi Bin Badrul Zaman, telah mengharumkan nama negara  pada Pameran dan Persidangan Biz Dunia OIC ke-9 apabila beliau telah tersenarai antara 6  penerima Anugerah 'The Jewels of Muslim World 2019' pada satu majlis makan tengah hari yang diadakan bersempena dengan persidangan tiga hari itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur KLCC semalam yang telah berlansung dari 4 September dan berakhir pada 6 September 2019.

Pada majlis tersebut, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail yang mewakili Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyampaikan anugerah tersebut kepada penerima.

Upacara penghargaan yang diadakan buat kali ke sembilan itu, adalah untuk menghormati kejayaan, inovasi dan pencapaian individu yang cemerlang di dunia Islam.

Kriteria pencalonan, yang dikenal pasti oleh majalah OIC Today, berdasarkan pencapaian dalam bidang industri yang relevan serta sumbangan dalam meningkatkan pembangunan di dunia Islam.

Di antara individu yang pernah menerima anugerah 'The Jewels of Muslim World' adalah petinju lagenda Muhammad Ali dari Amerika Syarikat, penyanyi dan penulis lagu Sami Yusuf dari United Kingdom, pelabur dan dermawan Prince Al-Waleed bin Talal dari Arab Saudi, ulama Islam Mufti Ismail Menk dari Zimbabwe, ahli perbankan dan kewangan terkenal Amer Bukvic dari Bosnia dan Herzegovina dan pendidik dan mentor Tan Sri Profesor Dato 'Sri Dr. Yusof bin Haji Md Noor dari Malaysia.

Dalam acara ini juga, Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman telah dijemput untuk menyampaikan World Class Talk bertajuk "Fundamental Components to Forge 21st Century Leaders" dihadapan lebih 100 peserta dari 57 buah negara Islam. Sesi penyampaian tersebut telah berlangsung selama satu jam bermula jam 3:45 petang dan berakhir pada jam 4:45 petang. Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman di dalam penyampaiannya telah berkongsi beberapa tips penting dan rahsia untuk membentuk pemimpin Abad-21 yang kental, berdaya saing dan mampu mengharungi cabaran dunia hari ini.

Financial Genius Group (FGG) dibawah pimpinan Dato Sri Mahadi Badrul Zaman juga turut tidak ketinggalan dalam mengambil peluang ini untuk memperkenalkan organisasi ini kepada umum dengan menyertai pameran yang diadakan. Melalui acara seperti ini, diharap FGG mampu melebar luaskan lagi pengaruh dan sayap serta akan lebih dikenali di peringkat global sebagai organisasi perancangan kewangan terbaik dunia.

Pameran dan Persidangan Biz Dunia OIC tahun ini telah menyaksikan kehadiran delegasi daripada pelbagai negara yang terdiri daripada pemain-pemain industri, ahli-ahli perniagaan dan individu-individu yang berhasrat untuk memberi sumbangan dalam dunia keusahawanan dan komuniti Islam global. 

Objektif Aungerah 'The Jewels of Muslim World'

  • Mengiktiraf kerja transformasi yang dilakukan oleh pemimpin berbakat dalam pelbagai industri.​
  • Untuk memberi inspirasi kepada lelaki dan wanita muda untuk menjadi pemimpin yang berjaya yang membuat perubahan positif.
  • Untuk menggalakkan pelaburan yang luas dalam keusahawanan dan membina ekonomi yang kukuh.
  • Untuk menunjukkan dunia bagaimana ajaran Islam merangsang individu yang berjaya mencapai kecemerlangan.

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang