PENGASIH Bakal Anjur Program Amal Bagi Kumpul Dana Pembangunan 'Cinta Manis'


Persatuan PENGASIH Malaysia (PENGASIH), bakal mengadakan satu majlis malam amal bagi mengumpul dana pembangunan untuk menyiapkan sebuah fasiliti Rawatan & Pemulihan Dadah Pengasih di  Cinta Manis, Bentong, Pahang. Majlis yang dijadualkan berlansung pada 17 November 2019 itu juga bertujuan untuk memberi peluang kepada individu, pihak korporat serta rakyat Malaysia secara keseluruhannya untuk bersama-sama menyumbang bakti dalam mengurangi masalah sosial yang menjurus kepada masalah penagihan dadah yang sedang dihadapi oleh segelintir masyarat di Malaysia.

Majlis Malam Amal PENGASIH ini merupakan sebuah program dibawah naungan Y.B Tan Sri Dato' Muhyiddin Muhammad Yassin, Menteri Dalam Negeri. Majlis ini juga bakal dimeriahkan dengan persembahan khas oleh Dato' Jamal Abdillah, Man Bai, serta lain-lain artis undangan. PENGASIH dalam pada itu menjangkakan penglibatan ramai pihak korporat, keluarga serta individu perseorangan yang akan turut serta hadir bagi memeriahkan majlis yang bakal dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri tersebut.


PENGASIH juga mengalu-alukan sumbangan dari pelbagai pihak dan agensi serta rakyat Malaysia secara keseluruhan untuk bersama-sama dalam membangunkan fasiliti terbaru yang bakal dikenali sebagai PENGASIH@cintamanis di Bentong, Pahang itu. Dengan sumbangan dana pembangunan tersebut, PENGASIH akan meningkatkan lagi mutu penyampaian perkhidmatan serta dalam masa yang sama dapat memberi "peluang kedua" kepada lebih ramai lagi yang memerlukan rawatan serta program pemulihan alternatif secara sukarela.KEPERLUAN PENGASIH@cintamanis

Dato Jamal Abdillah dan Man Bai bakal membuat persembahan pada Malam Amal Pengasih@cintamanis

Pembangunan fasiliti di PENGASIH@cintamanis merangkumi pembangunan yang perlu memenuhi keperluan infrastruktur asas (AADK PPDP Minimum Standard) serta suasana yang kondusif untuk menjalankan aktiviti  rawatan serta pemulihan. Antara yang telah disenaraikan adalah seperti berikut :

  1. BANGUNAN SURAU - Pusat aktiviti Islam, Musolla, belajar dan mengajar, aktiviti berkumpulan, ibadah khusus dan sunat serta lain-lain aktiviti bersusulan.
  2. DEWAN SERBAGUNA - Pusat aktiviti berkumpulan, kaunseling kelompok, pembelajaran/seminar, sukan 'indoor', aktiviti riadah dan sambutan perayaan serta lain-lain.
  3. KLINIK KESIHATAN - Rawatan Detokfikasi, rawatan psikiatri, klinik umum, wad pesakit serta lain-lain.
  4. PERABOT & PERALATAN - Perabot asrama, Dewan Makan, perabot serta lain-lain.
  5. KELENGKAPAN SUKAN - Gimnasium, Gelanggang Futsal, Terapi Air serta lain-lain
  6. LANSKAP - Pembangunan kawasan seluas 8 ekar yang akan dijadikan perusahaan sosial (Social Enterprise).
  7. INFRASTRUKTUR - Jalan berturap, saliran longkang, pembentungan serta lain-lain.
  8. KOS OPERASI - Kos operasi harian (oleh kerana kehilangan pendapatan)

Setiap sumbangan yang diterima akan disertakan dengan Resit Rasmi Pengecualian Cukai serta banyak lagi kelebihan dalam bentuk Pulangan Pelaburan ( Return On Investment). PENGASIH mmpunyai harapan besar agar usaha murni ini akan menjadi satu inisiatif bersama seluruh rakyat Malaysia dalam usaha mengurangi gejala penagihan dadah. Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi :

  1. Cik Atiqah Yusuf - 010-393 5140
  2. En. Abdullah Ghani - 011-2384 7617
  3. En. Khairul Baharuddin - 01160747403

Gambar: John Ramlan/Mewah Event Management

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang