Sajian Warisan Ibunda Dari Concorde Hotal Shah Alam Sepanjang Ramadhan Ini

 


Oleh: Norazni Ismail.

SHAH ALAM 09 FEBRUARI 2024- Bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal tiba, Concorde Hotel Shah Alam mengedarkan Bubur Lambuk terkenal mereka, yang telah menjadi tradisi sejak 20 tahun lalu. Pihak pengurusan dan tuan rumah hotel berkumpul sambil mengalu-alukan kehadiran orang ramai yang datang untuk menerima Bubur Lambuk percuma.

Penyediaan Bubur Lambuk disediakan oleh barisan chef hotel dengan bantuan daripada pihak pengurusan. Penyediaan bermula seawal jam 7 pagi dengan 200 kg beras, dan banyak lagi bahan lain yang dimasak dalam periuk besar. Sebanyak 6,000 paket diedarkan dalam beberapa jam. Masyarakat Shah Alam telah beratur sejak awal pagi jam 11 pagi untuk mendapatkan Bubur Lambuk kami.

Pengedaran bermula di jalan masuk hotel pada jam 12 tengah hari pada 6 Februari 2024 sehingga semua pakej Bubur Lambuk diedarkan kepada masyarakat. "Seperti biasa, jalan masuk itu bertukar menjadi "pandu lalu" untuk menyumbang makanan kegemaran Ramadan kami. Pada jam 2 petang, kesemua 6,000 paket Bubur Lambuk berjaya diedarkan kepada orang ramai." kata Cik Amilia Alias, Pengarah Jualan dan Pemasaran.








Tema pilihan Concorde Hotel Shah Alam pada tahun ini ialah ‘Warisan Ibunda’ untuk Bufet Ramadan 2024. ‘Warisan Ibunda’ adalah warisan ibu tradisional yang dimasak sendiri di rumah yang mendapat tempat di hati masyarakat kita di Shah Alam. Menu Bufet Ramadan terdiri daripada 100 hidangan yang menyelerakan. Istimewanya, Kari Kepala Ikan Jenahak, Telur Ikan Merah Goreng Berempah, Paru Goreng Sambal, Sotong Masak Lemak Belimbing Buluh, Kambing Pangganag and banyak lagi menu untuk sajian sepanjang ramadhan nanti.

































Baucar Bufet Ramadan Early Bird boleh dibeli dari SEKARANG hingga 11 Mac 2024 di RM 125 bersih setiap baucar.

Promo istimewa pada 3 hari pertama (12 – 14 Mac 2024) dan 3 hari terakhir (07 – 09 April 2024) harga Bufet Ramadan Warisan Ibunda pada RM 125 bersih setiap dewasa dan RM 65 bersih setiap kanak-kanak (5-12 tahun) . Tidak terpakai untuk warga emas.

Hari biasa dari 14 Mac hingga 6 April 2024, harga bufet Ramadan Warisan Ibunda:

• RM 149 bersih setiap dewasa

• RM 75 bersih setiap kanak-kanak (5-12 tahun)

• RM 115 bersih setiap warga emas

Concorde Hotel Shah Alam juga menawarkan bufet sahur dari 12 Mac – 09 April 2024 di Melting Pot CafĂ© dari 3.30 pagi hingga Imsak. Harganya ialah:

• RM 66 bersih setiap dewasa

• RM 33 bersih setiap kanak-kanak (5-12 tahun)

Di samping itu, pada penghujung Ramadan, menjamu selera untuk meraikan Hari Raya hari pertama dan kedua dengan Bufet Hi-Tea pada harga RM 95 bersih bagi setiap orang dewasa dan RM 45 bersih bagi setiap kanak-kanak (5 - 12 tahun).

Untuk pertanyaan lanjut atau tempahan meja, hubungi kami di 603-5520 8000 atau e-mel vasanthi@concorde.net.

Bagi mereka yang ingin berehat di hotel pada bulan Ramadan, promosi bilik Ramadan dari RM 188 bersih sebilik setiap malam (Bilik Sahaja), atau dari RM 228 bersih sebilik setiap malam termasuk bufet sarapan pagi untuk 2 orang untuk bukan Islam atau sahur untuk tetamu muslim.

Tempoh tempahan : SEKARANG - 14 April 2024

Tempoh Penginapan : 1 Mac - 14 April 2024

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi kami di 603-5520 8000 atau e-mel shah@concorde.net.

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang