“Indie Alliance” Lembaran Baharu Muzik Indie

Foto: Azuddin Ahmad Zin.


Kuala Lumpur.

Oleh: Nazrul.

Antara sedar atau tidak, penggemar mahupun pengkarya muzik indie di Malaysia seharusnya berbangga kerana masih ada penganjur yang ingin terus memartabatkan muzik tersebut. Buktinya Eraventures Events dengan kerjasama LampuNeon telah melakar sejarah peribadi mereka dengan penganjuran konsert Indie Alliance.

Tahun 2023 adalah lembaran yang positif buat Tilu, Naratu, Ampunk Sindicate, The Times, Joanna & Co dan Gerhana Skacinta yang telah di beri ruang dan peluang untuk beraksi di pentas Zepp Kuala Lumpur pada 1 Januari yang lalu.

Konsert yang bermula sekitar jam 5 petang itu terlebih dahulu dimeriahkan dengan aksi-aksi bertenaga daripada Tilu, Mapunk Sindicate dan Naratu. Lebih 1000 pengunjung yang mewakili pelbagai genre telah memenuhi lokasi konsert berlangsung sejak petang.

Persembahan kemudiannya diteruskan usai waktu maghrib melabuhkan tirainya. Joanna & Co menggalas tugas yang agak berat demi memakukan khalayak untuk terus setia hingga ke titik akhir persembahan. Di bawah nuansa Indie Pop Alternative mereka telah tampil dengan 11 buah lagu yang cukup santai.

Band yang turut membawa 2 penyanyi latar ini membawakan lagu-lagu seperti Lutsinar, Biru (lagu baru) dan Saksikan. Joanna kemudiannya berkolaborasi dengan Joey Stonebay menerusi lagu Selamat Datang Ke Duniaku dan Kalau Cinta. Meskipun tanpa memikul senjata Joanna & Co tampil dengan lagu yang cukup lengkap dengan mesej positif demi Palestine menerusi Lindungiku. Go Ahead, Nostradansa, Kini Aku Sepi dan Aku Pelangi menjadi encore kepada persembahan Joanna & Co.

Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Kehadiran The Times seumpama memberi warna kepada konsert Indie Alliance. Band yang bercitarasakan muzik Mod/rock and roll 60-an ini pastinya menjadi pelengkap setelah mereka mendendangkan lagu-lagu hits yang terdapat dalam album-album mereka. Membuka tirai dengan Manusia Serigala, Separa Sedar dan Pesona Algebra.

Aksi Naza yang ‘selamba’ pastinya cukup dekat dekat peminat mereka apatah lagi The Times turut menghadiahkan sepasang kasut berjenama Dr Marten menerusi lontaran secara rawak. Picagari, Merpati Putih (saduran daripada OAG), Wanita, Tunjuk Perasaan, Gadisku Dalam Koma serta Singapura ke Kuala Lumpur. 

Foto: Azuddin Ahmad Zin.


Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Gerhana Skacinta melabuhkan tirai Indie Alliance dengan membawa hadirin meneroka genre Ska Rocksteady dan Reggae dambaan mereka. Sebuah lagu saduran daripada Sweet Charity berjudul Jangan Tunggu Lama Lama menjadi pilihan GSC, dibawah mood ska mereka berjaya menawan peminat untuk bernyanyi bersama.

Edy yang tampil bertarbus terus mengasak khlayak dengan lagu Brand New Day, Time Will Tell dan Right Back. GSC kemudiannya membawakan lagu-lagu yang di petik dari album “Boss Sound”, Is There Any Soul In Yo Music, Little Bit Of Skalypso dan sebuah lagu yang pernah di popularkan oleh Sheila Majid iaitu Antara Anyir dan Jakarta. Tidak ketinggalan lagu Andai dan Senyuman Ragamu.

Tirai kemudiannya ditutup usai lagu Musik Tanpa Sempadan di lontarkan, aksi Sood (Roots N Boots) selaku pengacara tidak menjadi takkala hadirin meminta GSC untuk tampil dengan lagu Ali Baba Ska, apatah lagi Widy telah membocorkan lagu tersebut sejak awal lagi.

Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Encore yang cukup berjaya memuaskan nafsu seumpama klimaks kepada konsert Indie Alliance yang bernoktah tepat jam 11.30 malam.

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang