Ne-Yo Bakal Gegar Kuala Lumpur 21 Januari 2023



Kuala Lumpur.

Oleh: Nazrul.

Penyanyi yang telah memenangi 3 kali Anugerah Grammy, Ne-Yo bakal kembali menggegarkan Malaysia pada 21 Januari depan.

Konsert yang bakal mengimbau nostalgia ini dibawakan khas oleh Hitman Solutions, bakal berlangsung di Plenary Hall KLCC bermula jam 8 malam.

Rohit Rampal selaku CEO Hitman Solutions menerusi satu siaran akhbar menjelaskan, pemilihan Ne- Yo adalah berdasarkan kepada reputasi serta rekod yang cukup baik di pamerkan oleh Ne-Yo malahan ramai di kalangan peminat yang membesar dengan lagu-lagu beliau selain dari lagu-lagunya yang mempunyai jiwa selari dengan melodi yang cukup indah.

Kali terakhir Ne-Yo mengadakan persembahan di Malaysia menerusi konsertnya yang telah di adakan di Sunway Lagoon Surf Beach 12 tahun lalu. Ne-Yo di jangka akan mempersembahkan lagu- lagu terbaik sepanjang karier beliau selaku penyanyi R&B, selain itu pastinya gerakkan tarian yang penuh energi juga turut di persembahkan.

Tiket konsert akan mula di jual pada 5 Disember ini. Peminat boleh melungsuri lama sesawang www.hitmanlive.com. Terdapat 4 kategori tiket iaitu VIP (RM988), Diamond (RM688), Platinum (RM488) and Gold (RM288).

Comments

Popular posts from this blog

AINAA BEAUTY Lancar Produk Baru Sempena Ulangtahun Kedua

Mahadi Badrul Zaman Terima Anugerah 'The Jewels of Muslim World' 2019

NCT Dream dan WayV Bakal Beraksi Di Seen Festival Januari Ini