Zamani Sebak Di Konsert Unpluggednya

Walaupun keadaan Zamani tidak begitu baik, bukan penghalang buatnya untuk menghiburkan lebih 2000 penonton yang hadir. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Kuala Lumpur

Oleh: Nazrul.

Berdepan penyakit skolosis yang menyebabkan tulang belakang melengkung bukan penghalang buat Zamani untuk menghiburkan lebih 2000 penonton yang hadir ke Konsert Doa Buat Zamani yang diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 30 September lalu.

Konsert Doa Buat Zamani Unplugged anjuran Indera Entertainment yang bertujuan untuk bertemu peminatnya sebelum menjalani pembedahan pada November ini turut mencetuskan kesedihan dalam kalangan peminat setianya. Lebih mengujakan apabila Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman, turut mencemar duli menghadiri konsert tersebut.

Walaupun ada ketikanya penyanyi berusia 51 tahun itu di lihat cukup tidak selesa dengan penyakit yang di deritainya namun sedikit pun dia tidak menunjukkan kesakitannya kepada khalayak. Malah, sambutan menggalakkan yang diberikan sepanjang konsert berlangsung membuatkan pemilik nama Zamani Ibrahim terharu atas sokongan diberikan.

Tirai konsert Doa Buat Zamani Unplugged terlebih dahulu di buka dengan penampilan Kasyara band. Band yang sedang meningkat naik namanya di Indonesia ini telah mendendangkan 3 buah lagu antaranya Ruang Hati, Terbang dan Dunia Pura-Pura.



Tepukan gemuruh daripada khalayak sewaktu Zamani muncul di atas pentas sudah pasti memberikan impak yang cukup postif apatah lagi ketika dia berduet bersama Datuk Ramli Sarip menerusi lagu Senandung Hidup Berbudi.

Ramli Sarip kemudiannya terus membuai perasaan penonton dengan lagu Perjalanan Hidup. Sebuah lagu yang di petik daripada album solo beliau yang telah diriliskan pada tahun 1987. Energi dan karisma vokal Datuk Ramli sudah tidak perlu di persoalkan lagi.

“Saya berasa cukup terharu dan berdoa agar Zamani terus kuat dan tabah serta kembali sihat seperti sediakala. Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan buatnya”, ujar Datuk Ramli.



"Minta maaf jika nyanyian saya tak sampai atau tersalah atas faktor kesihatan saya. Harap semua faham. Persembahan malam ini santai-santai saja dan harap semuanya terhibur", Ujar Zamani selesai mendendangkan lagu Syair Si Pari-pari.

Fauziah Latiff tampil berduet dengan Zamani menerusi lagu Kau Yang Merubah Segalanya. Fauziah kemudiannya menyampaikan sebuah lagu saduran daripada Whitney Houston yang berjudul I Will Always Love You.




Rahim Maarof turut mendendangkan lagu Layang-layang, sebuah lagu yang di petik daripada album sensitif. Zamani, Rahim dan Fauziah akhirnya bergabung suara menerusi lagu Gerimis Mengundang yang turut membawa lontaran vokal hadirin.




Kemunculan pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi yang menjelaskan keprihatinannya terhadap kesihatan Zamani sehingga bertindak mewujudkan tabung untuk mencari dana buat Zamani turut membuatkan peminat tersentuh.

“Saya berterima kasih kepada peminat Zamani yang turut bersama dalam usaha mengumpul dana untuk membantu penyanyi itu, meskipun dia tidak selesa meminta wang dan belas ihsan ramai, malah dia lebih rela bekerja bagi mengumpul wang untuk membiayai pembedahannya”, ujar Aznil.

Aznil turut menjelaskan sebelum ini, sejumlah RM122,000 dikutip dalam tempoh kurang 32 jam bagi menampung kos pembedahan tulang belakang Zamani yang dianggar antara RM80,000 hingga RM90,000.

Beliau turut membuat kejutan apabila melelong beg berjenama mewah miliknya yang berharga RM14,000. Ia kemudian dibeli oleh, Dr Fitri Haris dengan harga RM15,000. Lebihan wang tabungan itu boleh digunakan untuk kelangsungan hidup Zamani selepas pembedahan.




Zamani yang tidak dapat menahan sebak sedaya upaya cuba menyampaikan lagu Namun Ku Punya Hati dendangan Revolvers dengan sebaik mungkin. Dalam sendu pastinya ada doa buat Zamani yang turut mengundang air mata khalayak.



Comments

Popular posts from this blog

Tirai PJ Folklore 2022 Ditutup Wings

THIS IS THE A.C.A.B. - INDIE NOSTALGIC SHOWCASE 2024

AINAA BEAUTY Lancar Produk Baru Sempena Ulangtahun Kedua