UTM Holdings Sdn. Bhd. & UTM Hotel & Residence anjur konsert ‘Konsert Gemilang Bersama Dato’ Jamal Abdilllah’

Ybrs En Ahmad Kamil Kushairi (kiri) bersama Dato’ Jamal Abdilllah. Foto: Azuddin Ahmad Zin.


Kuala Lumpur

Oleh: Norazni

UTM Holdings Sdn. Bhd. & UTM Hotel & Residence berbangga untuk membawakan dan menganjurkan ‘Konsert Gemilang Bersama Dato’ Jamal Abdilllah’ pada hari Jumaat, 9 Disember 2022 – 8.45 malam di Grand Banquet Hall, Residensi UTMKL

Konsert ini diadakan bersempena program mempromosikan Residensi UTMKL sebagai ruang acara pelbagai guna dan mengumpul dana melalui Endowmen UTM untuk pelajar yang kurang berkemampuan di Universiti Teknologi Malaysia. Konsert ini menampilkan Raja Pop Malaysia Dato’ Jamal Abdillah dengan lagu-lagu malar segar seperti ‘Kekasih Awal dan Akhir’, ‘Seroja’, ‘Sepi Seorang Perindu’ dan banyak lagi. Penyanyi lagenda itu akan diiringi oleh 7 pemain muzik. Dato' Jamal Abdillah bersama anak-anak lelakinya, Zaki Yamani & Osama Yamani juga akan berada di pentas dengan lagu-lagu hits beliau seperti 'Gadis Melayu'.

Dato’ Jamal Abdilllah bersama Zaki Yamani & Osama Yamani. Foto: Azuddin Ahmad Zin.


Foto berkumpulan Pengarah Muzik, wakil UTM, Dato' Jamal Abdillah dan dua orang anaknya. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

UTM Holdings Sdn. Bhd. berbesar hati untuk berkolaborasi dengan Dato’ Jamal dalam konsert ini berikutan status populariti dan permintaan yang memberangsangkan. UTM Holdings Sdn. Bhd. telah mendapat maklumbalas yang menggalakkan daripada pelbagai pihak mengenai konsert Dato’ Jamal Abdillah dan kami bersedia untuk menyajikan hiburan yang berkualiti kepada orang ramai terutamanya komuniti sekitar UTMKL. Konsert ini juga bertujuan untuk mengumpul dana bagi Program CSR kami bagi tahun 2022 dengan memperuntukkan 5% daripada jualan tiket yang akan disumbangkan kepada pelajar UTM. Penglibatan individu, kumpulan korporat dan NGO dialu- alukan untuk menyumbang bagi mencapai objektif ini.

Ybrs En Ahmad Kamil Kushairi (kiri) bersama Dato’ Jamal Abdilllah ketika majlis menandatangani perjanjian persefahamn. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Ditanya mengenai susunan muzik pada konsert kali ini, Pengarah Muzik konsert tersebut En Raja Sham berkata.."Biasa kalau dengan Dato' Jamal ni kita tak nak ubah sbb x perlu, seperti 'line', intro lagu, 'music bridge'...kami lebih kepada original lagu itu sendiri, lagipun pendengar dah tau lagu Dato' Jamal ni dari dulu hingga sekarang memang dah macam tu. Dan Dato' Jamal pun tak suka ubah-ubah lagu tu"....katanya.

En Raja Sham (Pengarah Muzik konsert). Foto Ehsan: Maestro Ridwan.

Konsert ini terbuka kepada orang ramai dan tiket dijual bermula dari RM150.00 hingga RM350.00 bagi setiap tempat duduk. Kami juga menawarkan kepada 100 penonton untuk berpeluang menyertai Buffet Supper eksklusif kami selepas konsert di The Sage @ Sixth Restaurant bersama Dato’ Jamal Abdillah dengan harga istimewa hanya RM50.00++. Pemegang tiket juga layak mendapat kadar istimewa untuk penginapan hanya RM140++ termasuk sarapan pagi.

Hotel ini akan terus menganjurkan konsert lain pada masa hadapan dengan menampilkan lebih banyak artis tempatan dan antarabangsa dari pelbagai genre.

Untuk jualan tiket, sila hubungi Rakan Tiket Rasmi MyTicket Asia @ www.myticket.asia atau hubungi Penganjur Utama, Rusle 012-610 1704 & Rodzie 019-2243821

Comments

Popular posts from this blog

AINAA BEAUTY Lancar Produk Baru Sempena Ulangtahun Kedua

Mahadi Badrul Zaman Terima Anugerah 'The Jewels of Muslim World' 2019

NCT Dream dan WayV Bakal Beraksi Di Seen Festival Januari Ini