Pertempuran 5 Pahlawan Di atas 1 Gelanggang

 

Oleh: Nazrul

Kekuatan 5 jentera yang berpaksikan genre metal bakal ditentukan pada 8 Oktober ini. Meskipun bakal tampil dengan energy dan karisma tersendiri, mereka bukanlah jentera biasa bagi penggemar muzik ekstrim tempatan. Masing-masing punya rilisan yang cukup berkualiti apatah lagi dengan semangat yang tinggi serta inovasi yang diterjemahkan secara kreatif sudah pasti berjaya menambat jiwa-jiwa yang sentiasa rakus. Guteaters, Larrong, Murder, Tandus dan Miserri Silentium bakal beraksi di Sunburn Studio Rawang pada 8 Oktober nanti.

Gigs anjuran Somber Entertainment ini akan bermula pada jam 3 petang. Di bawah kibaran “Borneo Death Metal Tour 2022”, setiap kumpulan sudah pasti akan mempersembahkan karya mereka sendiri.

Bagi peminat yang ingin menyaksikan persembahan ini boleh mendapatkan tiket yang berharga RM 40.00 sahaja, tiket-tiket boleh didapati di pintu masuk lokasi gig di adakan.

Comments

Popular posts from this blog

Tirai PJ Folklore 2022 Ditutup Wings

THIS IS THE A.C.A.B. - INDIE NOSTALGIC SHOWCASE 2024

AINAA BEAUTY Lancar Produk Baru Sempena Ulangtahun Kedua