‘LAGI-LAGI SAYANG’ TARUHAN SYAHMI IRFAN

Muhammad Syahmi Irfan Mohd Nadzri mengakui gementar bercampur teruja menunggu maklum balas daripada peminat terhadap karya terbaharunya. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Damansara

Oleh: Norazni

Setelah hampir dua tahun tidak mengeluarkan sebarang lagu, akhimya penyanyi Syahmi irfan, 21 tahun berbangga apabila lagu LAGI-LAG! SAYANG telah dilancarkan secara rasmi pada minggu alu. Syahmi atau nama sebenamya Muhammad Syahmi Irfan Mohd Nadzri mengakui gementar bercampur teruja menunggu maklum balas daripada peminat terhadap karya terbaharunya itu memandangkan lagu ini merupakan ciptaannya sendiri.

“Memang pada dasamya saya amat gementar menantikan maklumbalas daripada peminat memandangkan lagu ini diciptakan sendiri oleh saya. Namun dari satu segi, saya gembira apabila lagu ini mendapat persetujuan pihak pengurusan untuk merakamkannya. “Sudah tentu saya gembira dan berharap Lagi-Lagi Sayang akan mendapat sambutan baik daripada semua seterusnya membawa nama Syahmi Irfan untuk lebih dikenali di dalam industri hiburan tanah air,” kata anak kelahiran Shah Alam, Selangor ini lagi. Bagi remaja ini, dia tidak mahu sekadar dikenali sebagai penyanyi sebaliknya mahu juga dikemali dalam bidang penciptaan lagu. 


Meskipun baru berjinak-jinak dalam bidang penciptaan, Syahmi gembira kerana ia mendapat maklumbalas positif daripada orang sekeliling. Sebagai orang baharu di dalam industri, Syahmi mahu menggunakan sepenubhnya peluang yang ada untuk menyeriahkan lagi potensi diri untuk menjadi artis serba boleh.

“Kebanyakan penyanyi baharu yang muncul semuanya datang dengan potensi yang pelbagai dan saya juga perlu ada “sesuatu” untuk lebih dikenali ramai. Sebab itu saya perlu berusaha keras untuk ke hadapan,” katanya yang popular dengan lagu Mungkir sebelum ini.

Bercerita mengenai Lagi-Lagi Sayang pula, dia sudah merakamkan lagu ini pada Mac yang lalu manakala lirik video pula telah disiapkan tiga bulan selepas itu. Mendapat sentuhan Rudy Nastia selaku penerbit rakaman, lagu ciptaan Syahmi dan lirik hasii mukilan Syahmi dan SMSM itu berkisahkan tentang sebuah perhubungan yang tidak kesampaian mamuwmn pada akhimya masing-masing perlu bahagia tanpa sengketa. “Semua orang pernah atau akan melalui alam percintaan. Ada yang kekal, ada juga sebalikmya. Tidak pertu bersedih jika berakhir dengan perpisahan kerana itu merupakan sebuah perjalanan dam pengalaman hidup,” kata anak kedua daripada tiga orang adik-beradik ini lagi.


Dilancarkan secara rasmi pada 7 Oktober lalu disemua platform digital, lirik video lagu ini boleh ditonton melalui YouTube Indigital Music.

Sebagai rekod, LAGI-LAGI SAYANG merupakan terbitan dan edaran sepenuhnya oleh Indigital Music. https://youtu.be/hsg-nkA9Da4

Comments

Popular posts from this blog

AINAA BEAUTY Lancar Produk Baru Sempena Ulangtahun Kedua

Mahadi Badrul Zaman Terima Anugerah 'The Jewels of Muslim World' 2019

NCT Dream dan WayV Bakal Beraksi Di Seen Festival Januari Ini