Konsert ‘Naga Kramat’ Wings kumpulan rock terlaris.
![]() |
| "Mereka datang berbayar dan bukan percuma, saya menghargainya dengan membuat persembahan yang terbaik”...Dato' Awie. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Kuala Lumpur
Oleh: Norazni
37 tahun, nama Wings masih unggul didalam arena
muzik Malaysia. Tahun 2022 menjadi tahun yang agak sibuk bagi kumpulan ini.
Persembahan dan konsert disana sini termasuk di negara jiran Singapura baru -
baru ini sempena perlumbaan Formula 1. Kali ini sekali lagi kumpulan rock no.1
Malaysia bakal menggegarkan Zepp Kuala Lumpur. Lokasi bertaraf dunia ini akan
menjadi gelanggang Wings bagi siri konsert terakhir untuk tahun ini di Kuala
Lumpur.
‘Naga Kramat’ menjadi pilihan jenama konsert
kerana ia boleh memberi gambaran tentang kehebatan anggota kumpulan Wings bila
berada dipentas yang besar dan gah. Peminat tegar Wings sedia maklum bahawa
‘Naga Kramat’ adalah tajuk bagi sebuah album Wings yang diterbitkan pada tahun
2002 (album ke 10).
Perjalanan Wings masih teguh bila mereka bakal adakan
konsert pada 22 Oktober 2022 (Sabtu), jam 8.45pm bertempat di Zepp Kuala
Lumpur. “MW Mega Production dan Awie Entertainment merancang lebih kurang dua
bulan lepas untuk melaksanakan projek ini. Peringkat awal agak sukar kerana
jadual Wings dan Dato’ Awie agak padat. Setelah berbincang dengan pihak Awie
Entertainment akhirnya tarikh keramat ini dipilih sebagai hari yang terbaik
untuk menjayakannya”. Ujar Mashar Mokhtar selaku penganjur.
“Ini adalah projek sulung MW Mega Production
dan pastinya saya meletakkan harapan yang sangat tinggi untuk acara ini. Saya
memberikan 110% komitmen bagi memastikan konsert ini berjalan lancar dan
berjaya. Saya menyeru semua sayap-sayap Wings dan peminat rock tanahair untuk
datang dan saksikan sendiri konsert ini. Saya janji ia akan memberikan kepuasan
yang maksima untuk anda”. Tambah Mashar Mokhtar.
![]() |
| En Mashar Mokhtar (MW Mega Production) ketika berucap pada majlis sidang media. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Hari ini pihak MW Mega Productions mengumumkan satu harga baru khas untuk pelajar IPTA/IPTS iaitu RM169.00 bagi tiket kategori bediri di zon ‘Bujang Senang’. Hal ini dibuat kerana ada permintaan dari kalangan pelajar. Pihak MW Mega Production mengambil kira pandangan pelajar yang kurang berkemampuan untuk membeli harga tiket yang tersenarai sebelum ini. Jadi harga yang ditawarkan ini sangat berbaloi untuk menyaksikan persembahan dari lagenda rock Malaysia. Syaratnya mudah, mereka hanya perlu menunjukkan bukti kad pelajar semasa membuat tempahan atau belian dan pembelian tiket ini hanya sah melalui ejen Sayap - Sayap Wings (Encik Zul).
Selain itu, pihak penganjur juga sedang
mempertimbangkan untuk menambah jumlah kerusi memandangkan permintaan yang agak
tinggi untuk kategori tempat duduk. ”Kami akan umumkan dalam masa terdekat
dimedia sosial Naga Kramat dan Sayap - Sayap Wings, ianya masih dalam
perbincangan antara kami, Zepp KL dan ticket2u”. Jelas Mashar.
Bagi anggota Wings pula, rata-rata mereka
sangat teruja untuk beraksi dipentas Zepp KL. “Sebelum ini kami hanya dengar
komen kawan-kawan yang pernah beraksi disana. Kali ini kami sendiri akan
beraksi dan sudah tentu kami ingin memberikan yang terbaik buat peminat.
Perasaan teruja itu pasti ada. Kali pertama nak jejak kaki ke pentas yang
selalu dicanang tempat bagus dan bertaraf dunia”. Jelas Eddie selaku pemain
bass Wings.
![]() |
| WINGS bergambar bersama penganjur. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Dato Awie masih bertenaga dan ligat beraksi dipentas, suara juga masih padu dan baik seperti zaman muda. Bila ditanya tentang pilihan lagu untuk konsert ‘Naga Kramat’ adakah semua lagu – lagu dalam album ini akan dipersembahkan? Dato Awie terus menyangkal, “tidak, bukan semua lagu dari album Naga Kramat akan dipersembahkan. Mungkin ada lagu dari album itu, ia hanyalah nama konsert ini sahaja. Yang pastinya saya nak bagi peminat puas dengan pemilihan lagu – lagu ‘best’ buat mereka yang datang. Saya ingin mereka mencipta memori setiap kali menyaksikan persembahan atau konsert kami. Mereka datang berbayar dan bukan percuma, saya menghargainya dengan membuat persembahan yang terbaik”.
MW Mega Production menjelaskan bahawa tiket
konsert mula dijual secara atas talian di www.ticket2u.com.my/nagakramat dan mendapat sambutan yang bagus.
Memandangkan tempat yang agak terhad amat digalakkan untuk mereka membuat
pembelian seawal mungkin bagi mengelakkan keciciran untuk menyaksikan konsert
ini. Harga tiket mengikut kategori bermula dari RM244 (Bujang Senang), RM274
(Amok), RM364 (Misteri Mimpi Syakila) dan RM574 (Taman Rashidah Utama). Buat
peminat kumpulan Wings dan peminat rock di Malaysia pastinya tidak mahu
melepaskan peluang ini. Dengan pasukan produksi yang berpengalaman menguruskan
perjalanan konsert ini, pasti sesuatu yang hebat akan dipersembahkan. Memori
pasti terpahat dalam jiwa ‘rockers’ semua.



Comments
Post a Comment