‘Permata Ku’ taruhan D’OtaiBoyz

D’Otai Boyz ketika gig di I Cafe Studio. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Oleh: Nazghrul 

Kumpulan ini telah ditubuhkan pada tahun 2007 dengan nama asal The OtaiBoyz, band yang diasaskan di kota Singapura ini dibarisi oleh Boy Botak (vokalis utama), Nazry (gitar utama), Dzoul (gitar kedua), Khai (bass), Lee (drum) dan Man (keyboard).

Kumpulan yang telah dijenamakan baru ini kembali dengan nama baharu yang dikenali sebagai D’OtaiBoyz. Walaupun The OtaiBoyz bertahan dalam jangka masa yang singkat iaitu hanya setahun sahaja. Selepas 14 tahun berlalu, akhirnya mereka kembali bergabung semula pada tahun 2021 sebagai projek berkumpulan D’OtaiBoyz. 

Di awal kemunculan pada tahun 2007 mereka tidak mengeluarkan sebarang single dan hanya bergerak dalam persembahan dengan membawakan lagu-lagu ‘cover version’ di acara jemputan majlis keramaian sahaja. 

D'Otai Boyz merupakan project band berharap 'Permata Ku' dapat diminati peminat di Malaysia. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Selepas pelbagai masalah yang dilalui dulu, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk membubarkan kumpulan ini dan seterusnya ia terkubur. Namun ianya bukanlah bermakna kumpulan ini ternoknah begitu sahaja. Biarpun bertapak di Singapura, salah seorang anggota D’OtaiBoyz berasal dari Malaysia. Beliau dikenali sebagai Dzoul yang merupakan pemain gitar kedua kumpulan ini. D’OtaiBoyz dipilih kerana ianya terlalu sinonim dengan genre muzik yang didambakan iaitu rock apatah lagi seringkali mengetengahkan lagu-lagu rock yang masih di anggap malar.

Boy Botak selaku penyanyi utama D’OtaiBoyz ketika menjawab soalan media. Foto: Razali Razak

Terbaharu, D’OtaiBoyz telah melancarkan single terbaharu berjudul ‘Permata Ku’ dimana lagu ini berentak lebih kepada Balada Rockestra. ‘Permata Ku’ mengisahkan pasangan yang sedang bercinta tetapi berubah dengan sekelip mata atas sebab-sebab yang tertentu berkemungkinan curang atau sakit. 

Lagu dan lirik hasil ciptaan sepenuhnya oleh Luqman Hakim manakala video lirik rasmi boleh ditonton di saluran Youtube Asia Empire Tv. Semoga kehadiran D’Otai Boyz akan mendapat tempat di hati para peminat muzik rock khasnya dan peminat seni tempatan amnya.

Luqman Hakim selaku pencipta lagu/lirik 'Permata Ku'. Foto: Azuddin Ahmad Zin.


Comments

Popular posts from this blog

AINAA BEAUTY Lancar Produk Baru Sempena Ulangtahun Kedua

Mahadi Badrul Zaman Terima Anugerah 'The Jewels of Muslim World' 2019

NCT Dream dan WayV Bakal Beraksi Di Seen Festival Januari Ini