SUMBANGAN RM4,000 WAQAF AL-QURAN DAN SUMBANGAN BARANG DAPUR RM1,000 KEPADA MAAHAD TAHFIZ

 

YB. TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor) bergambar bersama pengurusan dan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz An-Nur (MATAN). Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Kerajaan Negeri hari ini melalui Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan menganjurkan Majlis Sumbangan Wakaf Al-Quran di Maahad Tahfiz An-Nur (MATAN) di Taman Puchong Intan, Puchong.

Ini merupakan kali pertama penganjuran program Kerajaan Negeri bersama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Negeri Selangor serta MATAN yang menjadi pusat pengajian Al-Quran, feqah, tajwid dan pembangunan akhlak yang melahirkan pelajar-pelajar hafiz, hafizah, alim dan alimah dalam kalangan belia di negeri Selangor.

YB. TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor) dan En Abdul Hadi Sabran (Pengurus Maahad Tahfiz An-Nur (MATAN). Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Pelajar-pelajar Maahad Tahfiz An-Nur (MATAN). Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Sebagai penghargaan, Kerajaan Negeri menyumbangkan RM4,000 waqaf AlQuran kepada Al-Fadil Imam Abdul Hadi Bin Sabran selaku Pengurus MATAN dan sumbangan barang dapur sebanyak RM1,000 kepada pengurusan maahad tahfiz. Program yang bermula dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang ini juga menyelitkan persembahan Qasidah Soutul Matan daripada pelajar-pelajar tahfiz.

En Abdul Hadi Sabran (Pengurus Maahad Tahfiz An-Nur (MATAN) menyampaikan ucapan. Foto: Azuddin Ahmad Zin.


YB. TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor) menyampaikan ucapan. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Kerajaan Negeri juga menitikberatkan elemen keagamaan dalam pembangunan modal insan di negeri Selangor melalui Dasar Modal Insan Selangor; Domain 5: Pengukuhan Nilai Keagamaan dan Norma Tempatan. Domain ini memfokuskan pengukuhan nilai keagamaan dan norma tempatan kerana elemen ini penting dari perspektif pembangunan modal insan yang inklusif. Pegangan agama yang kuat dikatakan berupaya mencorak kehidupan seseorang yang berlandaskan nilai-nilai murni yang diajar oleh agama. 

YB. TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor) menyampaikan sumbangan kepada En Abdul Hadi Sabran (Pengurus Maahad Tahfiz An-Nur (MATAN) . Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Pelajar-pelajar Maahad Tahfiz An-Nur (MATAN) turut membuat persembahan. Foto: Azuddin Ahmad Zin.


YB. TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor) sempat menyantuni pelajar-pelajar. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu pengurusan tahfiz melahirkan modal insan yang cemerlang dan seterusnya melahirkan masyarakat madani di Negeri Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

AINAA BEAUTY Lancar Produk Baru Sempena Ulangtahun Kedua

Mahadi Badrul Zaman Terima Anugerah 'The Jewels of Muslim World' 2019

NCT Dream dan WayV Bakal Beraksi Di Seen Festival Januari Ini