'PESTA KOPI EXTENDED' KINI KEMBALI MENGHIMPUNKAN 40 USAHAWAN.
| En Nasir Rashid (TF Studio) serta rakan penganjur berharap 'PESTA KOPI EXTENDED' mendapat kejayaan lebih besar. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Selepas sambutan luar biasa peminat kopi kepada PESTA KOPI KL dan PESTA KOPI MELAKA, sekali lagi PESTA KOPI kembali atas permintaan ramai. Kali ini lebih besar dan lebih banyak aktiviti menarik akan diadakan sepanjang acara ini berlangsung. Diberi nama PESTA KOPI EXTENDED 2022, acara kali ini akan diadakan selama 3 hari pada 1-3 Julai 2022 bertempat di The Curve , Mutiara Damansara. la dianjurkan oleh TF Studio dengan Kerjasama The Curve, sebagai Rakan Strategik Lokasi dan Mister Coffee selaku Rakan Strategik Utama.
| En Nasir Rashid (TF Studio) ketika menjawab soalan-soalan yang diajukan pihak media. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Mengekalkan konsep asal Pesta Kopi, Pesta Kopi Extended akan menghimpunkan 40 usahawan kopi tempatan dari seluruh negara untuk memperkenalkan produk minuman kopi masingmasing serta menunjukkan pelbagai cara dan seni penyediaan kopi masing-masing. Antaranya adalah usahawan kopi dari Johor Bahru, Kota Bharu, Melaka, Alor Setar dan Cameron Highland selain dari usahawan kopi dari Selangor dan Kuala Lumpur.
Namun begitu, acara kali ini mempunyai kelainan dari penganjuran sebelumnya. Pesta Kopi Extended akan memberi fokus kepada memperkenallkan ‘coffee culture’ kepada orang ramai dan bukan sekadar pesta jualan produk minuman kopi. Orang ramai juga akan diperkenalkan kepada pelbagai alat dan pekakas penyediaan kopi dan pelbagai info menarik berkaitan kopi.
| En Nasir Rashid (TF Studio) ketika memberi ucapan di majlis sidang media. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Antara aktiviti yang pastinya akan menarik perhatian pengunjung adalah:
1. Demonstrasi dan tutorial cara-cara menghasilkan Seni Latte
2. Tutorial pelbagai kaedah penyediaan kopi.
3. Demonstrasi menggunakan alat-alat penyediaan kopi.
4. Demonstrasi memanggang biji kopi.
Kesemua aktiviti tersebut dibuka untuk orang ramai menyertai dan mengalaminya sendiri. Selain dari aktiviti ini, terdapat juga Pertandingan Penyediakan Kopi Paling Kreatif serta Cabutan Bertuah untuk pengunjung. Semua aktiviti ini akan diadakan di Pentas Utama.
| En Syahmi Pozi ( Pesta Kopi) memberikan turut menerangkan mengenai Pesta Kopi. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Orang ramai yang berkunjung akan diajar untuk mengenali pelbagai jenis biji kopi, perbezaan sifat setiap jenis biji kopi ini dan cara-cara penyediaan kopi yang sesuai mengikut jenis biji kopi tersebut.
Pastinya, Pesta Kopi Extended kali ini ingin memberi nilai tambah yang lebih meriah dan lebth berharga kepada para pengunjungnya.
| Mr Ryan Lee Jin Fai (Mister Coffee) memberikan turut menerangkan mengenai Pesta Kopi. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Selain dari The Curve, selaku Rakan Lokasi dan Mister Coffee sebagai Rakan Strategik Utama, Pesta Kopi Extended ini turut mendapat sokongan dan tajaan dari Rakan Strategik lain seperti DaVinci Gourmet, MN Coffee dan Rimba In Town.
| Mr Marcus Manimtim (Davinci Gourmet) memberikanmemberikan kata-kata aluan di sidang media. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Ini adalah Pesta Kopi terakhir anjuran TF Studio untuk tahun 2022. Acara Pesta Kopi selepas ini akan menjadi acara tahunan sahaja bagi menjaga kualiti penganjuran serta pengalaman pengunjung yang hadir ke Pesta Kopi.
Comments
Post a Comment