RASA (Cinta Di Sebalik Musim) Datuk Ramli Sarip
![]() |
Datuk Ramli Sarip masih tetap dengan gaya tersendiri. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Kuala Lumpur: Lebih setengah abad bergelar anak seni menyaksikan Datuk Ramli Sarip kaya dengan pengalaman berharga. Ramli, 69, yang sinonim dengan panggilan Papa Rock, adalah insan unik yang dianugerahkan bakat semulajadi dalam penghasilan lagu dan lirik yang menyengat. Karyanya tidak pernah menghampakan apabila sering hadir dengan tema kehidupan, adab pekerti, falsafah, seni budaya dan agama.
Kemunculannya menerusi album berjudul Rasa menampilkan sisi kualiti Ramli yang tersendiri dalam industri hiburan. Sembilan tahun tanpa album baharu, beliau memperkemaskan karyanya menerusi album ini untuk dijadikan koleksi dan khazanah berharga peminat pada masa akan datang. Baginya, setiap perkara yang © dizahirkan kita mempunyai 'rasa’ dan inilah yang ditampilkan dalam album solo ke12 ini selepas Kalam Kesturi pada 2002.
![]() |
DRS sempat mendendangkan 2 buah lagu. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
![]() |
Pose santai dari DRS. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Ramli mengakui Rasa adalah album terbaiknya kerana menggabungkan elemen muzik ‘folk’ (rakyat), blues, rock dan pop tetapi masih dalam teras Nusantara Melayu. Rasa adalah cerminan peribadinya terhadap kehidupan yang dilalui termasuk mengimbau semula kehidupan silamnya ketika zaman bersama kumpulan Sweet Charity. Berita baik buat peminat penyanyi legenda ini, Ramli akan tampil dengan persembahan istimewa dalam majlis berbuka puasa RASA (Cinta Di Sebalik Musim) Datuk Ramli Sarip pada 24 April 2022 di Royale Chulan Kuala Lumpur.
Program anjuran Mukmin Pay Sdn Bhd dengan sokongan Konsortium IRAMA ini memberi peluang untuk peminat berbuka puasa dengan Ramli serta menikmati persembahan menarik yang akan disajikan. "Ramli sememangnya sinonim dengan lagu-lagu berkonsep nasihat dan religi yang sangat popular dikalangan pelbagai peringkat peminat. "Justeru beliau akan tampil menghiburkan peminat-peminat yang hadir nanti dengan rangkaian lagu-lagu popular lama dan baharu dari album Rasa selama lebih satu setengah jam.
"Persembahannya juga akan diiringi oleh barisan pemuzik profesional yang sering bekerjasama dengannya," kata Presiden IRAMA, Ayob Abdul Majid yang mewakili penganjur. Lebih dari itu, kerjasama antara Mukmin Pay Sdn Bhd dengan Konsortium IRAMA juga bermatlamat untuk membantu penggiat seni yang berdepan ujian seperti sakit dan sebagainya.
![]() |
Presiden IRAMA Ayob Abdul Majid ketika sidang media. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
![]() |
Comments
Post a Comment