KERJASAMA STRATEGIK PELAKSANAAN PROGRAM INTERVENSI HARGA MAKANAN EHSAN

Dari kiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Dr Mohamad Khairil Bin Mohamad Razi, Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Tuan Ir Izham Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif  PNSB, Setiausaha Syarikat En Mohamad Nizam Hj Yaacob dan YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim. Foto:Azuddin Ahmad Zin

Shah Alam — Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kerjasama strategik dalam pelaksanaan Program Intervensi Harga Makanan Ehsan. 

Usahasama ini antara lain bertujuan untuk menerokai peluang kerjasama dalam menyelesaikan isu bekalan barang makanan khususnya membabitkan bekalan telur ayam menjelang musim perayaan kelak. 

Exco infrastruktur dan Pertanian Selangor, Tuan Ir Izham Hashim berkata kerjasama ini adalah sebahagian daripada iltizam anak syarikat kerajaan negeri (GLC) Selangor untuk menggerakkan program intervensi yang kini diperluaskan ke seluruh negeri seperti yang telah diumumkan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari pada awal Februari lalu. 

“Menerusi siri jualan yang telah diadakan sejak 8 Februari lalu, sambutan daripada rakyat amat menggalakkan di mana hasil jualan terkini telah mencatatkan angka sebanyak RM496,852 membabitkan empat produk segar iaitu ayam, telur ayam, daging dan ikan. “Daripada jumlah itu, rakyat Selangor telah menikmati penjimatan sebanyak RM149,619.30 memandangkan harga yang ditawarkan jauh lebih rendah berbanding harga pasaran semasa,” katanya.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Tuan Ir Izham Hashim ketika memberikan ucapan. Foto: Azuddin Ahmad Zin


 Beliau menjelaskan siri jualan ini merangkumi tiga platform utama iaitu Program Jualan Prihatin Rakyat yang diadakan pada setiap hujung minggu, jualan harian ayam segar di Pasar Borong Selangor (PBS) serta menerusi Selangor Agro Market.

“Usahasama strategik seperti MoU pada hari ini diharap dapat menerokai potensi untuk memperiuaskan lagi program intervensi ini,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani MoU berkenaan di Wisam PKPS, Shah Alam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Dr Mohamad Khairil Bin Mohamad Razi pula berkata PKPS sedang menggiatkan kempen jualan agar capaian program lebih majlis menandatangani MOU berkenaan di Wisma PKPS, Shah Alam. meluas khususnya di kawasan penduduk berpendapatan rendah. 

“Saya telah meminta semua pegawai dan kakitangan untuk turun padang bagi melibatkan diri secara langsung dalam siri program jualan agar pelaksanaan program ntervensi ini lebih lancar dan mencapai sasaran,” katanya

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Dr Mohamad Khairil Bin Mohamad Razi meberikan kata-kata aluan di majlis MoU. Foto:Azuddin Ahmad Zin

Menurutnya lagi, PKPS selaku agensi pertanian negeri amat mengalu-alukan kesediaan PNSB untuk bersama-sama merencana halatuju berkenaan isu jami bekalan makanan di Negeri Selangor. &) » 

Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim berkata menerusi usahasama ini pihaknya akan membekalkan sebanyak 15,000 biji telur ayam sehari untuk jualan sepanjang program. 

“Dengan kerjasama daripada rakan strategik PNSB iaitu QL Resources Berhad, bekalan telur ayam bagi menjayakan program intervensi akan dijangka mencukupi sehingga musim perayaan nanti. 

“Penglibatan badan korporat dalam pelaksanaan program seumpama ini adalah amat kritikal untuk menangani situasi kenaikan harga barang yang membebankan rakyat,” katanya. 


Ketua Pegawai Eksekutif  PNSB YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim turut meberikan ucapan. Foto:Azuddin Ahmad Zin

Selain itu katanya sumbangan dan peranan GLC seperti yang diterjemahkan dalam usahasama hari ini diharap menjadi pemangkin kepada pengguna agar bijak merancang pembelian bagi mengurangkan beban perbelanjaan isi rumah. 

MoU ditandatangani oleh Dr Mohamad Khairil dan YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar dalam majlis yang diadakan di Shah Alam, hari ini. 

Sesi menandatangani memorandom persefahaman. Foto:Azuddin Ahmad Zin


Agensi dan badan kerajaan yang turut terlibat menjayakan program intervensi ini adalah Unit Perancangan Ekonomi Selangor (UPEN), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Kohijrah Selangor, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Selangor.

Untuk rekod, kerajaan negeri memperuntukkan dana sebanyak RM500,000 berkonsep dana kitaran yang akan disalurkan melalui PKPS bagi tujuan subsidi dan pembelian barang jualan. Butiran produk segar yang akan dijual di setiap lokasi adalah seperti berikut; 1. Ayam standard dengan berat minima 1.7 kilogram (kg) : RM12 seekor, diskaun sebanyak RM3.00 berbanding harga pasaran semasa RM15.00. 2. Telur ayam Gred B pada harga RM10.00 sepapan (30 biji), penjimatan sebanyak RM2.70 berbanding harga pasaran semasa RM12.70. 3. Daging pejal segar pada harga RM35.00 per/kg, penjimatan RM7.00 per/kg berbanding harga pasaran semasa RM42.00 per/kg 4. Ikan kembung/selayang pada harga RM8.00 per pek/kg berbanding harga pasaran semasa RM10.00 per pek/kg. Jadual lengkap serta lokasi program jualan akan dikongsi di laman sosial PKPS dan agensi berkaitan dari semasa ke semasa.

Sesi pertukaran dokumen memorandom persefahaman di antara PKPS dan PNSB sambil disaksikan oleh Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Tuan Ir Izham Hashim (kiri) dan Setiausaha Syarikat En Mohamad Nizam Hj Yaacob (kanan). Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang