CITARASA 'ZAMAN BERZAMAN' DI SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR

Chef Dzul Fadly bersama 'Sup Gear Box Power' . Foto:Azuddin Ahmad Zin

Bulan Ramadan yang mulia bakal menjelang dan ia amat sesuai untuk kita meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan lebih dekat lagi selepas selama 2 tahun kita menyambut ramadan di kala berhadapan dengan pendemik covid-19 . Sebagai penghargaan dan terima kasih kepada rakan media, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur telah menganjurkan Prebiu Berbuka Puasa "Citarasa Zaman Berzaman” di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur pada 24 March 2022.
Pelbagai kerabu disediakan. Foto: Azuddin Ahmad Zin

. Bufet "Citarasa Zaman Berzaman" menawarkan pelbagai jenis menu dengan menampilkan lebih 300 jenis masakan yang berbeza setiap hari yang disediakan oleh Chef Hj Mohd Saad bin Othman dan pasukannya. Masakan kampung seperti Pucuk Ubi masak lemak pedas, Ikan Merah Panggang ala Portugis, Rendang Udang Harimau Daun Kunyit, Perut Lembu masak Lemak Rebung adalah beberapa hidangan Melayu Tradisional "mesti cuba" di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.

Ikan Merah Panggang ala Portugis. Foto: Razali Razak.

Pucuk Ubi masak lemak pedas dan Perut Lembu masak Lemak Rebung. Foto: Razali Razak.

Keropok lekur, cekodok menjadi menu tambahan. Foto:Azuddin Ahmad Zin

Nasi Arab Ayam Mandy, Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Hidangan lain yang turut menjadi kegemaran adalah Kambing Panggang yang turut menjadi salah satu tarikan ramai zaman berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur termasuk 'Sup Gear Box Power', Sup Ekor Bakar, Kari Kepala Ikan, dan Satay. Bagi mereka yang menitik beratkan soal pemakanan dan diet seimbang, bolehlah memilih Ulam-Ulaman Kampung sebagai hidangan sampingan. Pelbagai pencuci mulut untuk dipilih seperti bubur Pengat Pisang, Pulut dan Serawa Durian, Ais Batu Campur (ABC), Kuih-muih Melayu dan juga pelbagai jenis minuman. 

Kambing Panggang tetap tidak ketinggalan dalam menu. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Sate Ayam dan Daging. Foto: Razali Razak.

Kuih-muih Melayu turut menarik minat pelanggan. Foto: Razali Razak

Sambal belacan,cencaluk dan budu tidak dilupakan. Foto: Azuddin Ahmad Zin

Persembahan secara langsung oleh kumpulan “Orkes Sri Johor” akan menghiburkan anda sekeluarga dengan alunan ghazal dan traditional pada setiap hari Jumaat hingga Ahad sepanjang bulan puasa di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Surau juga disediakan bagi membolehkan pengunjung untuk beribadah tanpa meninggalkan kawasan hotel dan juga kaunter pembayaran zakat disediakan bagi memudahkan pengunjung untuk melangsaikan tanggungjawab membayar zakat sepanjang bulan Ramadan. 

Kumpulan “Orkes Sri Johor” turut menghiburkan anda sekeluarga. Foto: Razali Razak

 Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Buah-buahan tempatan turut disajikan sebagai pencuci mulut. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur juga mengalu-alukan sektor awam dan swasta untuk menganjurkan Majlis Berbuka Puasa mereka samada untuk kakitangan, pelanggan atau media mahupun majlis tanggungjawab sosial korporat di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur kerana terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan. Bufet Citarasa Zaman Berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur 

Bufet Citarasa Zaman Berzaman bemula dari 04 April hingga 01 Mei 2022, dari jam 6.30 ptg hingga 10.30 mlm. Harga pembelian awal adalah RM120.00 bersih seorang, RM60 untuk kanakkanak berumur 6-12 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas manakala harga biasa adalah RM150 bersih seorang. Setiap pembelian awal sebanyak 10 baucer akan mendapat percuma | baucer. Bufet Ramadan akan berlangsung di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. 

"Sup Gear Box Power" menjadi taruhan di Seri Pacific Hotel. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Baked Cheese Oyster. Foto:Razali Razak.


Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur terletak di pusat perniagaan utama di ibu kota bertentangan dengan pusat membeli belah terkenal Sunway Putra Mall. Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur adalah hotel yang bertaraf 5-bintang yang mengetengahkan kehebatan budaya hospitaliti Malaysia Disamping itu, hotel ini memaparkan kemewahan dan keselesaan cara hidup moden. 

Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur dikelilingi infrastruktur yang moden dan canggih. la berdekatan dengan kemudahan LRT (Light Rail Transit) di Stesyen WTC dan KTM Komuter di Stesyen Putra. 

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi +603-4042 5555 atau layari www.seripacifichotel.com..

Sila “tag” kami di media sosial Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur untuk sebarang promosi yang berkenaan dengan "Bufet Citarasa Zaman Berzaman"

Facebook : seripacificofficial 

Instagram : seripacifichotelkl

Tik Tok : seripacificofficial 

Youtube : Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur


Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang