Selepas
menggegarkan dunia muzik tempatan dengan pelbagai lagu hit, salah seorang
bintang hip hop tersohor Malaysia Yonnyboii kembali dengan sebuah lagi karya
hebat berjudul NIKI.Yonnyboii
yang baru sahaja tersenarai sebagai salah seorang peserta akhir anugerah
berprestij, Anugerah Juara Lagu lewat lagunya ‘Salahku’ mengatakan NIKI,
sebenarnya adalah tentang pasangan hidupnya.
“Lagu
ini sebenarnya tentang cinta saya kepada isteri saya Nina. Saya tulis lagu ini
beberapa hari sebelum kami bertunang, sambil membayangkan betapa indahnya hari
perkahwinan kami nanti sewaktu duduk di atas pelamin,” kata Yonnyboii tentang
lagu tersebut.
“Saat
saya menulis lagu ini, saya seperti tidak percaya yang kami bakal bertunang dan
hari perkahwinan kami semakin dekat. Saya telah pun merancang supaya lagu itu
dimainkan di majlis resepsi. Dan kini saya ingin kongsikannya dengan seluruh
dunia,” tambahnya.
Dicipta
dan ditulis oleh Yonnyboii sendiri lagu romantik itu disusun oleh SeaTravel dan
diterbitkan oleh SLACK bersama Yonnyboii sendiri.
Yonnyboii
yang baru sahaja melangsungkan perkawinannya tidak lama sebelum ini menyatakan
bahawa NIKI menceritakan kisah cinta peribadinya. Ia mengisahkan
bagaimana dia jatuh cinta begitu dalam dengan seseorang, sehingga ia memberikan
dirinya keyakinan baharu, membuat dirinya benar-benar rasa disayangi serta
dihargai.
Lagu
ini juga dihadirkan bersama sebuah video muzik yang agak luar biasa.
“Konsep
video ini agak berlainan dan temanya ada membabitkan beberapa unsur saintifik.
Walaupun saya berperanan sebagai bintang utama, nantikan kemunculan seorang
bintang tamu istimewa dalam video itu nanti,” tambahnya lagi.
“Pembuatan
video muzik ini memakan waktu yang lama. Kami terpaksa menunggu dari jam 11
pagi sehingga penggambaran bermula sekitar jam 5, malah hampir 6 petang. Saya
berterima kasih kepada isteri saya Nina kerana menemani saya sepanjang
penggambaran. Saya juga ingin berterima kasih kepada pengarah video Thaqif Saadon
kerana membantu saya sewaktu rakaman,” katanya.
Yonnyboii
juga berharap para peminat serta pencinta muzik akan dapat menghargai seni yang
dipaparkan selain rakaman yang dipersembahkan di dalam video muzik serta lagu
tersebut.
NIKI
bakal dilancarkan secara digital di semua platform bermula Jumaat 21 Januari
2022 jam 12pagi. Video liriknya pula akan ditayangkan pada hari yang sama jam 9
malam manakala video muzik rasmi boleh ditonton pada 28 Januari 2022 pukul 9
malam di saluran YouTube Yonnyboii VEVO.
Comments
Post a Comment