TIKET DOLLA MINI SHOWCASE HABIS DIJUAL LIMA MINIT SELEPAS PENGUMUMAN
Siapa yang menyangka kumpulan nyanyian wanita DOLLA yang baru beberapa tahun menyertai industri muzik tanah air kini sudah menjadi sebuah kumpulanyang mempunyai pengaruh yang sangat besar.Dengan penampilan muzik dan gaya persembahan yang tersendiri kumpulan ini telah meraih pelbagai kejayaan, termasuk menjadi kumpulan nyanyian wanita pertama yang tampil di papan iklan digital di New York Times Square, Amerika Syarikat.Kini, mereka bakal tampil dengan pertunjukan khas mereka sendiri berupa sebuah acara yang dikenali sebagai DOLLA MINI SHOWCASE.Acara ini bakal berlangsung pada Sabtu 19 Februari 2022 jam 8 malam di NeroEvent Space, PJPAC, 1Utama.Malah, tiket-tiket yang dijual pada harga RM35 (tiket terhad) danRM55 (berserta sesi ramah mesra atau ‘meet and greet’) telah pun habis dijual lima minit selepas diumumkan pada jam 12 tengah hari 30 Januari 2022.
“Kami berasa sangat gembira
kerana akhirnya diberi peluang membuat pertunjukan kami
sendiri untuk para iDolla kami. Lagipun, kamilah puteri-puteri
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana kami muncul semasa
PKP dilaksanakan. Jadi peluang ini sangat berharga buat kami,”
jelas Angel mewakili kumpulan DOLLA.
Idea untuk membuat showcase ini pula merupakan cadangan pihak
syarikat rakaman mereka, iaitu Universal Music Malaysia.
“Idea
syarikat rakaman kami ini memang bagus kerana kami memang tak
pernah bertemu peminat setia kami yang dikenali sebagaiiDolla
secara langsung. Gara-gara muncul sewaktu PKP, kami hanya
dapat berinteraksi di alam maya. Jadi showcase ini satu
peluang untuk mendekati mereka dan berinteraksi secara
langsung,”
ujar Syasya pula tentang persembahan ini.
Selain persembahan dalam beberapa versi lain serta mutu vokal yang dipertingkatkan, terdapat beberapa kejutan lain yang bakal dipertontonkan.
“Ada banyak kejutan yang akan kami tampilkan
namun kami tak mahu beritahu kerana ia tidak akan menjadi
istimewa jika kami beritahu sekarang. Jadi nantikan malam
showcase nanti,” jelas Tabby pula selaku wakil kumpulan
DOLLA.
Angel yang berharap tiket persembahan habis dijual
secepatnya sangat teruja mendengar khabar gembira itu.
“Kami
benar-benar terkejut dan tidak menyangka tiket kami akanlaku dan
habis dijual begitu cepat. Jadi kami harap para peminat kami
khasnya iDolla akan menikmati malam tersebut saat melihat
kami membuat persembahan secara langsung untuk pertama kali
khas di depan mereka. Kami juga tak sabar nak berjumpa peminat
kamisemua,” ujar Angel menutup bicara.
Comments
Post a Comment