 |
Dari kiri En Venu Ramadass (Pengarah Urusan RSM Motorspot Sdn Bhd), En Saw Chit Boon (Ketua Pegawai Operasi Badminton Asis) , Ybhg Dato' Kenny Goh (Setiausaha Kehormat BAM), YB Tuan Khairuddin Othman (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan SEL), Ybhg En Nizam Marjugi (Pengarah Eksekutif MSN Sel) bergambar bersama poster kejohanan di majlis pelancaran Kejohanan Badmintan Berpasukan Asia 2022.
Selangor telah dilanda oleh Pandemik COVID-19 dan bencana banjir yang
telah menyebabkan pelbagai aktiviti pembangunan sukan telah tergendala.
Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) juga turut menyebabkan
pergerakkan dan aktiviti rakyat di Selangor menjadi terhad dan terbatas.
Kerajaan Negeri sedar mengenai kepentingan untuk menyemarakkan semula
semangat kesukanan melalui penganjuran aktiviti-aktiviti sukan dengan lebih
jitu terutamanya ketika pasca peralihan COVID-19 dari fasa pandemik ke fasa
endemik ketika ini.
Dengan semangat Selangor Bangkit, Kerajaan Negeri
bersama Badminton Asia Confederation (BAC) akan menganjurkan sebuah
kejohanan Badminton bertaraf antarabangsa iaitu Badminton Asia Team
Championship 2022 yang dilihat sebagai salah satu usaha untuk menyuburkan
kembali aktiviti-aktiviti sukan di Selangor.
|

Kejohanan Badminton Asia Team Championship 2022 yang bakal berlangsung
pada 15hb – 20hb Februari 2022 di Setia City Convention Centre, Shah Alam
ini akan disertai oleh para atlit dari Malaysia dan beberapa buah negara Asia
seperti Korea, Indonesia, India, Thailand, Chinese Taipei, Hong Kong, Vietnam,
Filipina dan Singapore. Kejohanan Badminton Asia Team Championship 2022
ini juga dilihat sebagai gelanggang untuk menguji prestasi para atlit untuk
melayakkan mereka menyertai pemilihan Thomas & Uber Cup 2022 yang
dijadualkan akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada bulan Mei akan
datang.
Kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih kepada Local Organizing
Committee (LOC), Badminton Asia Confederation (BAC), Badminton
Association of Malaysia (BAM), Majlis Sukan Negeri Selangor, Invest Selangor,
Menteri Besar Incorporated (MBI) dan kesemua agensi serta pihak yang
terlibat dalam menjayakan kejohanan Badminton Asia Team Championship
2022 yang pertama ini.
Comments
Post a Comment