SEARCH UMUM DENDEN GONJALES PENYANYI BARU
Akhirnya
penyanyi dari Indonesia, Denden Gonjales, 38, dipilih sebagai penyanyi baru
kumpulan Search dalam projek kolaborasi antara dua negara.
Di Indonesia, penyanyi ini tidak asing lagi kerana beliau pernah bekerjasama dengan penyanyi popular negara itu seperti Inka Christie dan Judika. Malah, Denden juga mencuri tumpuan dunia berikutan aksinya di ‘blind audition’ program The Voice Bulgaria di mana dia membuat juri terpukau ketika menyanyikan lagu She’s Gone nyanyian asal Steelheart.
Selain
itu, Search mengekalkan khidmat Pae sebagai pemain dram. Sebelum ini Pae adalah
pemain dram undangan bagi menggantikan Allahyarham Yazit Ahmad ketika beliau
mula mengalami masalah kesihatan beberapa tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Search juga mengorak langkah dengan membuka kedai Search Rock Station di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur yang mula beroperasi pada 31 Disember 2021.
Noordin berkata, Search Rock Station adalah kedai yang menjual barangan cenderahati rasmi Search seperti t-shirt, kasut, topi dan macam-macam lagi.
“Ia
juga menjual alat muzik seperti gitar serta menawarkan proses jual beli gitar
di situ. Ada juga gitar milik saya dan Kid yang diletakkan di situ sebagai
pameran.
“Ini termasuk pelbagai barangan koleksi peribadi saya dan Kid yang turut dijual dan dipamerkan,” katanya.
Dalam masa sama, Search turut melancarkan laman web rasmi mereka iaitu www.fenomenasearch.com dimana Laman web tersebut di jadikan platform rasmi Search dan segala pengumuman, agenda, perjalanan Search, koleksi jualan Search dan berita -berita mutakhir akan dimuat naik di situ dalam waktu sama ianya juga adalah laluan penghubung untuk segala urusniaga secara rasmi. Search juga dalam proses penyiapan akaun media sosial seperti Instagram, Facebook dan youtube rasmi mereka.
Comments
Post a Comment