DATO' MENTERI BESAR SELANGOR SERAH BANTUAN SELANGOR BANGKIT (BSB)

 


28 Disember 2021-Paya Jaras,Selangor.

Selaras dengan Sidang Media Khas Situasi Banjir di Selangor dan Bantuan Banjir Selangor Bangkit yang diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 27 Disember 2021, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Petaling akan melaksanakan penyerahan pertama Bantuan Selangor Bangkit (BSB) kepada 67 orang penerima mangsa bencana banjir iaitu seramai 55 orang penerima (mangsa-mangsa yang telah ditempatkan) di PPS Dewan MBSA Paya Jaras dan 12 orang penerima (mangsa-mangsa yang ditempatkan) di PPS Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak.



Penyerahan bantuan sumbangan ini akan disampaikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor sendiri pada jam 3 petang di Dewan MBSA Paya Jaras Tengah. Selain dari itu, Pihak Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU JPM Selangor) akan turut serta dalam sesi ini untuk menyerahkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada 67 orang penerima tersebut. Jumlah keseluruhan bantuan sumbangan (BSB dan BWI) yang diterima oleh mangsa bencana di Dewan MBSA Paya Jaras Tengah pada hari ini adalah berjumlah RM 134,000.00.


Selain itu, penyerahan bantuan sumbangan BSB dan BWI kepada 9 orang penerima (melibatkan mangsa-mangsa yang ditempatkan) di PPS Dewan MBSA Kampung Melayu Subang turut dilaksanakan pada hari ini. Penyerahan ini dilakukan di Dewan Kenanga, Pejabat Daerah dan Tanah Petaling melibatkan jumlah sumbangan sebanyak RM 18,000.00. JPBD Petaling melalui Pusat Khidmat Masyarakat (PKM), Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Ketua Komuniti India (KKI) dan Ketua-ketua Jabatan (permohonan oleh penjawat awam) akan membantu menguruskan penyerahan permohonan bantuan ini bagi mana-mana mangsa yang masih belum berdaftar di mana-mana PPS.

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang