Tribute Istimewa Emma Sempena 30 Tahun Penubuhan Revolusi

 





Klimaks kepada wirama rock di Malaysia sekitar tahun 80an dimana pelbagai jenama rock mula muncul ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan, namun kekuatan sesebuah jentera itu bergantung kepada album mahupun muzik yang mereka garapkan.  Tidak hairanlah jika kumpulan Revolusi juga menjadi antara jenama yang sentiasa menerawang di minda peminat muzik tegar rock.

Setelah 30 tahun mencipta jenama sendiri, Revolusi wajar mendabik dada kerana masih utuh menjulang panji-panji kendiri apatah lagi masih lagi kekal dengan anggota asal yang masih aktif bermain muzik biarpun hanya sekadar berada di belakang tabir serta melakukan kerja-kerja hakiki demi meneruskan kehidupan.

Menoleh seketika ke belakang bagaimana Revolusi yang di asaskan oleh Yazeed pada tahun 1987 yang bertindak sebagai pemain drum telah mengumpulkan barisan penggempur iaitu Roslan Jantan – bassis, Zul Haidi – gitaris, Mohd Saidin-gitaris dan Rahimah selaku vokalis.

Tahun 1990 merupakan tahun yang cukup bermakna buat Revolusi kerana segala keringat dan idea yang dicurahkan buat album pertama yang berjudul Bayangan Misteri mula menakluki pasaran tempatan sekaligus menarik perhatian pendengar muzik rock ketika itu. 

Album terbitan Mega Rekod dan di edarkan oleh Musical Sound Organisation Malaysia yang mempertaruhkan 10 buah lagu seperti Kembalilah Sayang, Kehilangan, Kepastian, Angkara Siapa, Lumrah, Cintaku Mengembara, Permata, Puisi Untukmu, Dalam Sejarah dan Bayangan Misteri.  Album tersebut berjaya terjual sebanyak 50,000 unit.

Emma kemudian bergerak secara solo dan sempat melahirkan 2 buah album, pada tahun 1993 Emma melahirkan album “Emma”. lagu Kembalilah dan Redup Tak Berimbun telah melonjakkan namanya di persada hiburan tempatan.  Album itu berjaya dijual lebih 70,000 unit dan lagu Redup Tak Berimbun dijadikan lagu tema untuk drama terbitan RTM.

Album keduanya diterbitkan pada 1995 berjudul “Kecil Tapi Pedas” dengan menampilkan dua lagu popular berjudul Impian Semalam dan Kasih Tak Bertepi. Emma bersama rakan artis lain seperti Datuk Nash, Datuk Hattan, Nora, Iwan Dangdut, Jay Jay, Sheeda Dangdut merakamkan lagu tribute untuk Datuk Ramli Sarip.

Emma juga sempat merakamkan lagu duet dengan Muss yang berjudul Dunia pada 2007

“Sebenarnya ini adalah sebuah projek isitmewa saya yang lebih kepada ‘tribute’ kepada band Revolusi, di mana saya membina karier saya sebagai penyanyi adalah melalui kumpulan ini”, ujar Rahimah Mohd Shukor atau lebih mesra dengan panggilan Emma.

 “Ianya juga adalah penghargaan yang tidak terhingga daripada  saya kepada Revolusi untuk peminat yang selama ini tidak jemu-jemu memberikan sokongan, malah di mana saja saya berada meskipun ketika pertunjukan pentas, mereka meminta saya untuk menyanyikan lagu Bayangan Misteri’, ujarnya lagi.

 

Apa yang menarik sempena 30 tahun penubuhan Revolusi adalah rakaman semula lagu Bayangan Misteri yang diberi nafas dan muzik yang lebih segar sesuai dengan teknologi masakini. Rakaman semula lagu ini adalah atas persetujuan kesemua anggota dan apa yang menarik ianya adalah persetujuan daripada vokalis asal Revolusi iaitu Sanat Alpha.

“Peminat  bakal memiliki album yang akan di keluarkan dalam format Boxset yang mengandungi lagu Bayangan Misteri dan Tshirt, manakala Hoodie pula akan di jual secara berasingan.  Kesemua produk ini keluarkan secara terhad,  InshaALLAH ianya akan menemui peminat pada penghujung tahun ini”, ujar Emma lagi.

 Meskipun ketika Pandemik Covid 19 melanda dunia, ianya sedikit pun tidak mematahkan semangat Emma untuk merialisasikan apa yang di rencanakan. Malah beliau mengambil inisiatif dengan mengeluarkan modal sendiri agar ianya dapat dirialisasikan.

Jika sebelum ini masing-masing sibuk dengan tugas hakiki, Emma sendiri sibuk dengan syarikatnya iaitu Impact Music & Entertainment yang bertanggungjawab membantu artis-artis Malaysia, Singapura dan Indonesia untuk mengadakan persembahan mahupun promosi di Singapura.

 

Lagu Bayangan Misteri versi terkini turut mendapat sentuhan komposer muda masakni iaitu Gijie yang merupakan gitaris Akim The Majestret / 6ixthsense.

Peminat yang ingin mendapatkan pakej Boxset yang berharga hanya RM69.00 ini boleh mendapatkan dengan menghantar whatapps ke talian 017 7608147 atau 012 9960553.  Sebarang pertanyaan boleh emailkan ke impact.ime.msia@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang