'NOBODY' dari Faizal Tahir





 Jatuh dilambung kuda setinggi 8 kaki, Faizal Tahir tetap berdegil

Kredibiliti komposer dan penyanyi, Faizal Tahir dalam menghasilkan lagu tidak perlu disangkal lagi.Malah, figura yang sudah 15 tahun berada dalam arena muzik tempatan ini menjadi antara idola bagi kebanyakan generasi baru baik dalam bidang penciptaan lagu mahu pun nyanyian.

 Satu kelebihan Faizal, 42, atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohd Tahir apabila setiap karya yang dihasilkan itu sarat dengan mesej berguna bukan saja untuk diri sendiri, tapi buat pendengar dan masyarakat umumnya.

 Tidak kira genre lagu yang ditampilkan pada setiap karya, Faizal berjaya memikat hati peminat muzik tempatan sekali gus mencipta fenomena tersendiri.

 Terbaharu, Faizal yang popular menerusi lagu Ragaman muncul menerusi single Nobody terbitan Faithful Music dengan kerjasama Universal Music Malaysia selaku pengedar.

 Menurut Faizal, perkara penting yang ingin disampaikan dalam lagu Nobody ini adalah mesej buat diri sendiri dan orang sekeliling.

 “Apa cuba nak disampaikan dalam lagu ini sebenarnya untuk diri saya sendiri terlebih dahulu, yang mana saya ini ‘nobody’ tanpa ‘somebody’ yang saya boleh beri dan curahkan kasih sayang.

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang