KOLABORASI PERTAMA KALI FARIZ JABBA DAN OMARKENOBI UNTUK "KALAH"
Fariz Jabba, seorang
rapper, penyanyi dan penari bekerjasama dengan
produser dan rapper omarKENOBI untuk kali pertama
dalam "Kalah". Berikutan
lagu "Masa" dari Fariz Jabba, lagu yang pernah menggoncang peminatnya
dan memperoleh 2.5 juta aliran di Spotify dan hampir 1.5 juta tontonan di
YouTube, "Kalah" bakal menggantikan kejayaan itu. Mesej
yang disampaikan oleh "Kalah" sangat
jelas: Fariz Jabba dan omarKENOBI tidak akan pernah kalah.
Apabila "Masa" dilancarkan, Fariz Jabba
mula mengubah haluannya untuk tidak terbatas kepada rap sahaja. Kejayaan
single ‘Masa’ telah
mematikan semua keraguan
yang pernah wujud tentang
bakat nyanyian Fariz Jabba. "Kalah" menguatkan lagi pegangan
artistiknya: paduan suara yang mantap, digabungkan dengan keyakinan diri yang tinggi.
"Kami memutuskan tidak akan berfikir dua kali tentang perasaan kami
ketika kami menulis lirik lagu ini, jadi lirik yang kedengaran
seperti mengarut dan lucu dalam lagu ini adalah pemikiran saya yang paling jujur," akui Fariz Jabba. Keyakinan diri tidak akan mudah diperolehi, melainkan melalui cara artis menangani masalah
semasa bekerja dan dalam kehidupan
sehariannya: "Tidak kira berapa banyak masalah yang timbul, kekalahan
bukan pilihan!" Fariz Jabba tidak akan pernah
menyerah kalah.
omarKENOBI, produser
dan rapper bagi lagu ini, mencipta beat untuk ‘Kalah’ di studio rumahnya bersama Fariz Jabba.
Trek hip hop berinspirasikan Trap ini
dicipta berdasarkan kebebasan artistik
yang tidak tersasar
dari tujuan asalnya.
“Apa yang bermula
sebagai satu lagu yang menghiburkan untuk Fariz dan saya ternyata
menjadi sesuatu yang lebih besar. Mencipta ‘Kalah’ adalah salah satu momen menghiburkan yang tulus dan saya sangat teruja
ketika saya mengetahui lagu ini mendapat kelulusan untuk dilancarkan,” kata omarKENOBI.
‘Kalah’ adalah solo kedua
untuk rapper omarKENOBI yang pernah tampil dalam single Sam
Rui, Emir Hermono dan Fauxe.
Lagu yang diintegrasikan dan dicipta berdasarkan daya kreativiti dan artistik hebat
oleh kedua-dua rapper ini pasti membuat
pendengar merasai ketulusan
dan ketelusannya seperti kata pepatah melayu ‘apa tampangnya itulah
tumbuhnya’, dan tumbuhnya
adalah lagu yang terbaik.
Fariz Jabba rapper berusia
23 tahun yang berasal dari Singapura ini menumpukan haluannya kepada gabungan antara budaya pop Melayu dan Barat yang menonjol
sebagai unik di Asia
Tenggara. Perjalanan seni Fariz Jabba bermula
apabila beliau memuatnaik klip video yang memaparkan
beliau membuat ‘freestyle raps’ dan ‘remixes’ dan menjadi viral di media sosial lantas menjadikan nama Fariz Jabba ‘trending’ di Singapura dan Malaysia dalam tempoh beberapa bulan selepas dimuat naik.
Perhatian yang diraih di media sosial membuahkan hasil apabila Fariz Jabba
diberi peluang untuk
muncul dalam Konsert
16 Baris yang dipaparkan di laman
YouTube penyanyi rap, Joe
Flizzow - persembahan Fariz Jabba itu telah berjaya meraih hampir
400,000 tontonan dalam masa kurang dari tiga bulan. Kurang dari sebulan selepas penampilannya di Konsert 16 Baris, Fariz Jabba telah dijemput untuk membuat persembahan dalam festival muzik antaranya
Urbanscapes, IGNITE! Festival
Muzik, Festival Shine,
dan Baybeats. Dua single Fariz Jabba ("Ape Sia"
dan "Masa") meraih 1 juta tontonan di YouTube
dalam tempoh 3 bulan selepas dilancarkan dan meraih hampir 4 juta aliran di
Spotify.
Menyandarkan gabungan
aliran hip hop dan R&B
lama dan baru sebagai panduan,
rapper, penyanyi, dan penari ini kian mengorak langkah
mencipta nama yang kukuh di pentas muzik arus perdana. Fariz Jabba
bernaung di bawah
Def Jam South East Asia sejak tahun 2019.
Beliau mempunyai pengalaman bekerjasama dengan Gucci, Tommy Hilfiger, Hugo, dan
merupakan sebahagian daripada ahli keluarga Nike.
Mengambil inspirasi
dari kemampuannya untuk terus bergerak
maju biarpun ditimpa
halangan, Fariz Jabba berhasrat menggunakan muziknya untuk
menyebarkan kegembiraan dan mesej
positif kepada orang ramai. Ditambah dengan sikap suka bergurau yang
ada pada dirinya pasti memudahkan beliau untuk membina hubungan baik dengan
pengikutnya.
TENTANG OMARKENOBI
omarKENOBI, rapper dari Singapura
ini mula berkecimpung dalam bidang rap pada 2013,bersama kumpulannya Crew Haircut
Mediocre. Sejak itu, beliau telah tampil membuat persembahan di beberapa festival
muzik dan acara utama di dalam dan sekitar Asia Tenggara termasuk kemunculan di Festival St. Jeromes Laneway, Festival Jazz Antarabangsa
Singapura dan banyak lagi.
Sebagai seorang
artis yang menonjolkan kedua-dua aliran rap mainstream dan underground, omarKENOBI merancang
untuk melancarkan solo terbarunya pada tahun ini. omarKENOBI
juga pernah membuat kemunculan dalam
rancangan 16 Baris terbitan penyanyi
rap, Joe Flizzow pada tahun
2019.
Beliau pernah
bekerjasama dengan beberapa
artis lain dari Asia Tenggara
seperti Sam Rui, Charlie Lim, Fauxe, Emir Hermono dan Intriguant. omarKENOBI juga mengutip inspirasi
dari gabungan rapper lama dan baru, seperti Quest A Tribe Called,
Stormzy dan banyak lagi.
Def Jam telah tiba di Asia Tenggara secara
rasmi. Sedangkan hip hop telah wujud di Asia
Tenggara sejak beberapa dekad, dan mengubah alur budaya bersesuaian dengan konteks tempatan, dan syarikat rakaman
gah ini hanyalah
pemacu dan pembimbing yang diperlukan untuk membawa
budaya ini ke aras yang lebih tinggi.
Hip Hop Asia kini satu fenomena global dan sudah tiba masanya untuk kita turut sama beraksi.
Def Jam Asia Tenggara
meliputi Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Singapura, dengan senarai artis seperti
Joe Flizzow (MY), SonaOne
(MY), Abubakarxli (MY), DABOYWAY (TH), A. Nayaka (ID), Rayi Putra (ID), MukaRakat (ID), Ben Utomo (ID), VVS Collective (PH), ALIF (SG), Yung
Raja (SG), and Fariz Jabba (SG).
Comments
Post a Comment