SONAONE MENAIKKAN KEHANGATAN DENGAN SINGLE TIGA BAHASA BERJUDUL “BOMBA”
Ini bukan silap mata; ini bukan fantasi. Ini adalah
satu lagi lagu hebat SonaOne. Hari ini penyanyi rap serta penerbit yang
sudah merangkul banyak anugerah ini memperkenalkan karya pertamanya di bawah
naungan Def Jam South East Asia (Def Jam SEA), sebuah lagu rancak dengan
tiga bahasa berjudul, “Bomba”, dan ia tampil bersama video muzik arahan Denhouse Co.
Karya hasil nukilannya sendiri ini terus
memperjuangkan kejayaan yang pernah beliau paparkan tahun lalu lewat album
bertajuk DETAIL yang menampilkan kolaborasi bersama rakan
seperjuangan, ALIF sehingga berjaya meraih 10.8 juta putaran di
Spotify sahaja, dan menjadikannya artis dengan putaran lagu keempat tertinggi
di Malaysia untuk tahun 2019. Menampilkan perbezaan di antara penerbitan pop
berkelas tinggi dan hasil hip-hop yang lebih unik, SonaOne sekali lagi
mengukuhkan peringatan buat semua tentang mengapa beliau terus tersohor dalam
arena hip-hop serantau. Sambil melaungkan bait-bait “Bomba”, “At least when I
flex, it ain’t lies” – menunjukkan bahawa setiap kejayaan yang diraihnya adalah
kenytaan dan bukan khabar angin semata.
“Ia karya yang
menyeronokkan, ceria dan ada tiga bahasa; Ia memang saya”, kata SonaOne tentang
lagu tersebut, sambil menekankan bahawa kekuatan lagunya adalah pada dinamik
gabungan muzik serta bahasa. Terdapat aliran lirik puitis serta baris-baris
yang kerap diucap dalam Bahasa Inggeris, Melayu serta Perancis yang disampaikan
dengan selingan bernuansa pop, R&B dan bunyian rap. Berteraskan sedikit
unsur muzik kelab malam, ia mampu menonjol dan menjemput pendengar untuk
sama-sama menikmatinya.
Tetapi SonaOne tidak akan berhenti di sebuah lagu
sahaja. “Bomba” merupakan keluaran pertama dari albumnya yang bakal muncul berjudul Freestyle Play. Album
itu menjanjikan pendengar halwa telinga berkualiti : “Dari sudut sonik atau
bunyi saya ingin pendengar merasai apa yang saya rasakan kala berada di studio
semasa proses rakaman: Suatu situasi di mana dunia hanya terbatas dengan imaginasi”.
“Bomba” merupakan intaian ke era yang baru, langkah
pertama ke aras seterusnya. Kini pertemuan di antara pop dan hip-hop merupakan
suatu kebiasaan dalam dunia muzik. Namun SonaOne tidak pernah berpuas hati
dalam berkarya. Bersedialah untuk satu dunia baru. Andai terhidu api lekas
hubungi “Bom-Bomba”.
“Bomba” kini boleh didapati di semua platform
digital.
Comments
Post a Comment