DOLLA - ‘MAKE YOU WANNA’
DOLLA, nama kumpulan wanita yang baru ini
mula mendapat perhatian kerana persembahan mereka yang hebat dan bertenaga di
Final #RapStarERA 2020. DOLLA terdiri daripada 4 gadis cantik yang berbakat besar
- Sabronzo, Tabby, Syasya, dan Angel. Memiliki bakat menyanyi dan menari yang mengagumkan,
DOLLA bakal memeriahkan industri muzik tempatan dengan single pertama mereka 'Make
You Wanna' yang dihasilkan oleh Bryan B., komposer dan produser lagu yang terkenal
dari Australia.
Lagu ‘Make You Wanna’ hasil gubahan Zamaera, Bryan B, Shou Raion dan Luca Sickta adalah sebuah lagu
engan unsur nakal dan seksi tentang keyakinan diri dan kekuatan seorang wanita. Mesej yang ingin
isampaikan adalah bagaimana keyakinan diri dan keberanian seorang wanita dalam membuktikan bahawa
etiap manusia itu berharga dan berhak untuk dihormati. Dengan melancarkan lagu yang rancak dengan
elodi yang menarik ini, DOLLA berharap dapat mengenengahkan diri mereka sebagai kumpulan wanita
enerasi baru yang bakal mengegar industri muzik Malaysia.
Ketika diminta mengulas mengenai
single pertama, salah seorang daripada ahli kumpulan DOLLA, Syasya berkata,
“Kami mahu menghala perhatian kepada kepentingan merasa yakin dan selesa dengan
diri sendiri. Wanita yang berkeyakinan
tinggi akan lebih menyerlah dan menarik perhatian ramai pihak.” Sementara itu, seorang lagi ahli kumpulan
DOLLA, Sabrina menambah, “Saya gembira kerana lagu ini menonjolkan kekuatan
wanita. Bukan saja sesuai dimainkan di
radio tapi ‘Make You Wanna’ membuat kita terasa ingin menari. Orang yang tidak
suka menari pun akan menari bila mendengar lagu ini.”
Lagu ‘Make
You Wanna’ terbitan dan edaran oleh Universal Music Malaysia dan Lion Music
Group Malaysia boleh didengari lewat semua platform pengstriman termasuk
Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music. https://UMM.lnk.to/DollaMYW
Link untuk
Music Video : https://youtu.be/OvTqxSuN9go
.

Comments
Post a Comment