SONAONE MENAIKKAN KEHANGATAN DENGAN SINGLE TIGA BAHASA BERJUDUL “BOMBA”

Ini bukan silap mata; ini bukan fantasi. Ini adalah satu lagi lagu hebat SonaOne . Hari ini penyanyi rap serta penerbit yang sudah merangkul banyak anugerah ini memperkenalkan karya pertamanya di bawah naungan Def Jam South East Asia (Def Jam SEA), sebuah lagu rancak dengan tiga bahasa berjudul, “Bomba” , dan ia tampil bersama video muzik arahan D enhouse Co . Karya hasil nukilannya sendiri ini terus memperjuangkan kejayaan yang pernah beliau paparkan tahun lalu lewat album bertajuk DETAIL yang menampilkan kolaborasi bersama rakan seperjuangan, ALIF sehingga berjaya meraih 10.8 juta putaran di Spotify sahaja, dan menjadikannya artis dengan putaran lagu keempat tertinggi di Malaysia untuk tahun 2019. Menampilkan perbezaan di antara penerbitan pop berkelas tinggi dan hasil hip-hop yang lebih unik, SonaOne sekali lagi mengukuhkan peringatan buat semua tentang mengapa beliau terus tersohor dalam arena hip-hop serantau. Sambil melaungkan bait-bait “Bomba”, “At least when I flex...