Netizen Kecam Shuib Riak Tayang Kereta


Jika anda pengikut  laman Instagram artis serba boleh Shuib, pasti melihat beberapa muat naik gambarnya bersama kereta mewah. Tindakannya itu mengundang rasa tidak senang netizen apabila ada yang menempelak pengacara, pelakon dan pelawak itu yang disifarkan riak dan suka menunjuk-nunjuk. 

Malah, ada yang tidak selesa dan berasakan Shuib bagaikan terikut-ikut sesetengah pihak yang sengaja mahu menayang kemewahan mereka di laman sosial. Dia ketika hubungi berkata, niatnya hanya mahu berkongsi minatnya terhadap kereta berkenaan. 

"Bukan niat saya menunjuk-nunjuk, tapi berkongsi apa yang memang saya suka. Kalau ada yang tidak suka atau tak selesa, jangan follow saja saya," kata penyampai radio Hot FM itu.

Media sebelum ini pernah menebak dirinya sebagai jutawan, namun Shuib merendah diri dan menafikan perkara itu.Hakikatnya deretan koleksi kereta mewah yang dipaparkan dalam muat naik di platform laman sosialnya, dia memang berada pada tahap yang sangat selesa.

"Saya minat dan apabila minat saya berusaha serta bekerja keras. Apa yang saya buat adalah untuk memotivasi diri saya." -Shuib.

Antara gambar yang bertebaran di laman sosial ialah Shuib bersama koleksi kereta mewah seperti Mc laren 650s, Porsche GT4, Camaro Chevrolet, Mustang dan Dodge Challenger SRT.

Carian di laman web menunjukkan harga kereta berkenaan mencecah lebih jutaan ringgit mengikut pasaran. 

Setiap perkongsi muat naik kereta itu turut mendapat reaksi rakan artis yang rapat dengannya seperti Nabil Ahmad dan Zizan Razak. Perkongsian itu juga mendapat lebih 200 ribu tontonan dan hampir 100 ribu tanda suka.


GALERI | SHUIB BERSAMA KOLEKSI KERETA MEWAH





Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang