'HANYA MILIKMU' PERTARUHAN BARU iR RADZI


Tahun 2015 membawa banyak kenangan kepada iR Radzi yang berasal dari Kuching, Sarawak. Dua tahun lalu, beliau memperkenalkan lagu 'Sempurna Waktu'  yang menjadi lagu OST drama 'Teman Lelaki Upahan', di TV3 kepada peminat-peminatnya. Lagu yang dicipta sepenuhnya telah mendapat perhatian peminat muzik dan membuka jalan yang lebih luas untuk Ir Radzi untuk pergi lebih jauh dalam industri. Beliau juga bekerjasama dengan komposer terkenal dari Malaysia dan Indonesia untuk menghasilkan lagu. 

Keupayaan iR Radzi sebagai penyanyi dan penulis lagu telah diiktiraf apabila dia menjadi salah seorang finalis dalam kategori 'Artis Terbaik' di Anugerah Planet Muzik pada tahun 2015 Di samping itu, beliau juga dicalonkan untuk 'Artis Lelaki Baharu Popular' dan 'Penyanyi Lelaki Popular' di Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun 2016.

Tahun lalu, beliau memperkenalkan single terbarunya bertajuk 'Stay'. Lagu ini membuktikan beliau adalah penyanyi serba boleh kerana mampu menyanyi dalam pelbagai genre muzik. Lagu ini disusun oleh iR Radzi & Bemby. 'Stay' telah menjadi semakin popular kerana ia dipilih dan diselitkan di dalam drama Melayu terkenal seperti 'Cinta Roller Coaster', 'Biar Aku Jadi Penunggu',dan 'Cikgu Dina Pakai Prada'

Melalui kerjasama itu, beliau dapat berhubung dengan para peminat dari pelbagai negara. Selepas kejayaan 'Stay' yang mendapat sambutan positif. Beliau memutuskan untuk bekerjasama bersama rakan baiknya, CK Faizal, untuk single baru iaitu 'Bujang Duda'.'Cinta Terakhir' muncul sebagai karya menyerlahkan lagi bakatnya kerana lagu ini amat mendalam maknanya mengenai kehilangan bapanya.


Tahun ini, iR Radzi muncul dengan satu single terbaru 'Hanya Milikmu' hasil kreativiti beliau sendiri. Lagu ini telah juga  telah diselitkan sebagai lagu di dalam Drama Melayu yang terbaru  'Empat Penjuru'  yang ditayangkan di Astro Citra HD dan juga drama 'Setelah Ku DimIliki' yang kini disiarkan di TV3 pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam. Beliau juga turut berkolaborasi dengan bakat tempatan untuk menghasilkan 2 lagu terbaru, 'Go Ahead Sama-Sama' yang digunakan sebagai lagu tema untuk Sarawak Anthem 2019 & 'Salam Gawai Raya' sempena perayaan Hari Raya dan Hari Gawai, di Sarawak.

Selain itu lagu 'Cinta Terakhir' juga antara lagu yang dimasukkan ke dalam drama Melayu, 'Ku Kirim Cinta', sebagai OST. Harapan Ir Radzi agar seluruh peminatnya akan terus menyokong album pertamanya berjudul SEMPURNA dan kerjayanya dalam industri muzik.  SEMPURNA kini sudah berada di Apple Music, ITunes, Joox, Spotify, Deezer, KKBox dan juga Youtube Music.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang