Tiket 5 Jun telah habis dijual, Cuma tinggal untuk 4 Jun SAHAJA...Konsert "Dato' Hattan 35 Years Journey"

Dato' Hatan ketika menjawab soalan media. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Jika disenaraikan siapa antara penyanyi lelaki terbaik tanah air, nama Datuk Hattan wajib ada dalam senarai.Kelebihan dari segi vokal, gubahan lagu, ‘attitude’ dan pengalaman dimiliki meletakkan penyanyi dengan nama sebenar Mohd Shukri Shahabudin ini dalam kelas tersendiri. Atas faktor ini, Hattan bakal tampil dengan konsert berskala besar iaitu Hattan - 35 Years Journey pada 4 dan 5 Jun 2022 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre bermula jam 8 malam.Konsert anjuran Mewah Event Management (MEM) ini juga adalah konsert solo Hattan terbesar dalam kerjaya nyanyiannya sejak 1987. Hattan bakal mempersembahkan 22 lagu termasuk lagu hits seperti Memburu Rindu, Dari Kekasih Kepada Kekasih, Rendang Tak Berbuah, Mahligai Syahdu, Meniti Perjalanan, Berikan Nurbisa, Hitam Bukan Impian, Biso Bonar, Sambar Apa Saja, Dia, Gadis Jolobu dan lain-lain. “Ini bukan sekadar konsert saja, tetapi mengandungi penceritaan. Dari s...