TIKET DOLLA MINI SHOWCASE HABIS DIJUAL LIMA MINIT SELEPAS PENGUMUMAN
Siapa yang menyangka kumpulan nyanyian wanita DOLLA yang baru beberapa tahun menyertai industri muzik tanah air kini sudah menjadi sebuah kumpulanyang mempunyai pengaruh yang sangat besar.Dengan penampilan muzik dan gaya persembahan yang tersendiri kumpulan ini telah meraih pelbagai kejayaan, termasuk menjadi kumpulan nyanyian wanita pertama yang tampil di papan iklan digital di New York Times Square, Amerika Syarikat.Kini, mereka bakal tampil dengan pertunjukan khas mereka sendiri berupa sebuah acara yang dikenali sebagai DOLLA MINI SHOWCASE.Acara ini bakal berlangsung pada Sabtu 19 Februari 2022 jam 8 malam di NeroEvent Space, PJPAC, 1Utama.Malah, tiket-tiket yang dijual pada harga RM35 (tiket terhad) danRM55 (berserta sesi ramah mesra atau ‘meet and greet’) telah pun habis dijual lima minit selepas diumumkan pada jam 12 tengah hari 30 Januari 2022. “Kami berasa sangat gembira kerana akhirnya diberi peluang membuat pertunjukan kami sendiri untuk para iDolla kami. Lagipu...