RUMAH KITA SYURGA KITA KONSERT MUZIK PALING HANGAT!

Konsert Rumah Kita Syurga Kita bahagian satu yang dibawakan syarikat rakaman 17Eleven Music pada 8 April lalu mendapat sambutan hangat dan maklum balas positif. Malah, konsert yang ditayangkan di saluran YouTube Seventeen Eleven Music itu adalah yang pertama seumpamanya dalam negara sekali gus memberikan warna baru pada industri hiburan tempatan. Bukan satu, tapi konsert ini akan dijayakan dalam tiga siri yang mana bahagian kedua pada 15 April dan ketiga pada 22 April, jam 3 petang di saluran YouTube sama. Menariknya, siri dua dan tiga konsert ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada stesen radio popular, Hot FM. Bertepatan dengan tagline Muzik Paling Hangat, siri dua dan tiga konsert ini turut menampilkan barisan penyanyi popular dengan lagu hangat mereka. Antara yang terbabit pada bahagian kedua konsert ialah Achey menerusi lagu Yang Terindah, Neon Band (Kaca), Adzrin (Bagai Lagu Indah), Izzal Anuar (Lumpuh), Adly Sofwan (Agenda) dan Izaan (Merindu...