Posts

Showing posts from November, 2019

Siapakah Yang Bakal Bergelar Miss Pink Lady Asia Musim 2?

Image
Miss Pinklady Asia (MPLA) musim 2 merupakan peogram realiti pencarian model yang menampilkan 12 peserta dari 8 negara Asia seperti Thailand , Myanmar, India, Korea, Philipines, Singapore, Indonesia , Hong Kong dan tidak lupa sebagai tuan rumah iaitu Malaysia. Kesemua peserta ini datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza bakal bersaing untuk mendapatkan gelaran menjadi Pink Lady of Asia untuk musim ke 2! Seperti penganjuran musim pertama pada tahun lalu, kesemua peserta akan di tempatkan di sebuah lokasi yang dirahsiakan. Disitu kesemua peserta akan melalui rutin harian yang telah disediakan oleh penganjur disamping bersaing antara satu sama lain dalam cabaran yang ditetapkan. Antara cabaran yang ada seperti ‘catwalk’, sesi fotografi’ dan juga iklan.  Bukan setakat cabaran tetapi setiap peserta juga akan di berikan pengkongsian dan pendedahan dari mereka yang professional dalam bidang masing-masing untuk membantu dan membimbing mereka di dalam program ini. Di dalam set

'HANYA MILIKMU' PERTARUHAN BARU iR RADZI

Image
Tahun 2015 membawa banyak kenangan kepada iR Radzi yang berasal dari Kuching, Sarawak. Dua tahun lalu, beliau memperkenalkan lagu 'Sempurna Waktu'  yang menjadi  lagu OST drama 'Teman Lelaki Upahan' , di TV3 kepada peminat-peminatnya. Lagu yang dicipta sepenuhnya telah mendapat perhatian peminat muzik dan membuka jalan yang lebih luas untuk Ir Radzi untuk pergi lebih jauh dalam industri. Beliau juga bekerjasama dengan komposer terkenal dari Malaysia dan Indonesia untuk menghasilkan lagu.  Keupayaan iR Radzi sebagai penyanyi dan penulis lagu telah diiktiraf apabila dia menjadi salah seorang finalis dalam kategori 'Artis Terbaik' di Anugerah Planet Muzik pada tahun 2015 Di samping itu, beliau juga dicalonkan untuk 'Artis Lelaki Baharu Popular' dan 'Penyanyi Lelaki Popular' di Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun 2016. Tahun lalu, beliau memperkenalkan single terbarunya bertajuk 'Stay' . Lagu ini membuktikan beliau

Semangat Zaman Music Entertainment Anjur Konsert The Legend 40 Tahun Rosli Mohalim

Image
Lebih 40 tahun bergelar anak seni dengan memperjuangkan genre blues, pop dan rock, Rosli Mohalim kini boleh berbangga apabila memiliki 10 album selain menjayakan empat konsert mega. Bagi mengenang jasa dan sumbangannya dalam industri seni tanah air, Semangat Zaman Music Entertainment dengan sokongan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) bakal menganjurkan Konsert The Legend 40 Tahun Rosli Mohalim bagi menghargainya. Konsert tersebut bakal berlangsung selama 2 jam di Panggung Asia, Gombak, Selangor pada 29 November 2019, bermula 9 malam hingga 11 malam memberi peluang kepada peminat-peminat muzik khasnya Sweet Charity untuk mendengar semula petikan gitar yang akan dipersembahkan oleh Rosli Mohalim. Pada konsert itu nanti sebanyak 17 lagu akan dinyanyikan oleh tujuh penyanyi tempatan antaranya Zamani, Yabang Khalifah, Ameng Spring, Yazz Abdullah, Ammy Fara dan Zetty Rashid. Konsert ini juga membawakan penampilan khas penyanyi jemputan, Bob Sentuhan Bu

Netizen Kecam Shuib Riak Tayang Kereta

Image
Jika anda pengikut  laman Instagram artis serba boleh Shuib, pasti melihat beberapa muat naik gambarnya bersama kereta mewah.  Tindakannya itu mengundang rasa tidak senang netizen apabila ada yang menempelak pengacara, pelakon dan pelawak itu yang disifarkan riak dan suka menunjuk-nunjuk.  Malah, ada yang tidak selesa dan berasakan Shuib bagaikan terikut-ikut sesetengah pihak yang sengaja mahu menayang kemewahan mereka di laman sosial.  Dia ketika hubungi berkata, niatnya hanya mahu berkongsi minatnya terhadap kereta berkenaan.  "Bukan niat saya menunjuk-nunjuk, tapi berkongsi apa yang memang saya suka.  Kalau ada yang tidak suka atau tak selesa, jangan follow saja saya," kata penyampai radio Hot FM itu. Media sebelum ini pernah menebak dirinya sebagai jutawan, namun Shuib merendah diri dan menafikan perkara itu. Hakikatnya deretan koleksi kereta mewah yang dipaparkan dalam muat naik di platform laman sosialnya, dia memang berada pada tahap yang sangat selesa

Forum NSummit2 Terima Lebih 5000 Penyertaan, CEO Umum Henti Operasi Di Malaysia

Image
Forum NSummit2 yang dianjurkan buat kali kedua semalam, berlansung di Mines International Exhibition & Convention Centre semalam berjaya menerima penyertaan lebih daripada 5000 peserta, termasuk usahawan tempatan terkemuka dan wakil-wakil kerajaan. Forum NSummit2 dilancarkan dengan perbincangan bersama pakar antarabangsa terkemuka berjudul ‘Vaping daripada Perspektif Global’ . Forum itu disertai oleh Prof.Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh , Dr. Arifandi Sanjaya dari Indonesia dan Dr Konstantinos Poulas , seorang pakar dari University of Patras di Greece.  “Misi NCIG sentiasa jelas sejak hari pertama - untuk meningkatkan kualiti hidup para perokok dan keluarga mereka dengan menamatkan ketagihan rokok buat selama-lamanya. Kami bukan sahaja sebuah syarikat vape. Kami membina perniagaan ini untuk membantu perokok supaya mereka dapat menamatkan ketagihan mereka dengan selamat dan berkesan," kata Shariffuddin dalam ucapannya. Sejak pelancaran NCIG, ia telah pun membantu