‘BLUE 20TH ANNIVERSARY HEART & SOUL TOUR’

Kuala Lumpur. Suatu permulaan tahun baharu yang baik untuk syarikat penganjur acara tempatan yang kian mendapat reputasi di Malaysia, Hitman Solutions & Happymoon akan membawakan peminat muzik awal 2000-an sebuah konsert istimewa dari salah satu boy band terkenal di Britain, Blue. Konsert ' Blue 20th Anniversary Heart & Soul Tour ' akan berlangsung pada 10 Februari 2023 , jam 8:00 malam , bertempat di Plenary Hall , KLCC yang eksklusif. Dalam satu kenyataan, Encik Rohit Rampal , Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions berkata, "Kami dan Happymoon sangat teruja untuk mengumumkan bahawa sebuah lagi konsert bakal dianjurkan dengan membawa salah sebuah boy band British yang terkenal iaitu Blue dalam rangka jelajah mereka di serata dunia bagi meraikan ulangtahun ke-20 penubuhannya.” Hitman Solutions dan Happymoon menjanjikan hiburan tanpa henti untuk meraikan 2023 dengan pelbagai konsert, bukan sahaja artis tempatan tetapi artis antarabangsa juga dem...