Posts

THIS IS THE A.C.A.B. - INDIE NOSTALGIC SHOWCASE 2024

Image
Selepas 18 tahun! Ya … 18 tahun berehat atau berada dalam hiatus, kumpulan THE  A.C.A.B kembali bertemu peminat dengan sebuah persembahan khas yang dinamakan  THIS IS THE A.C.A.B. - INDIE NOSTALGIC SHOWCASE 2024. Merawat kerinduan  pengikut muzik mereka dan kembali bertemu dengan sahabat-sahabat industri,  showcase ini akan diadakan di di Auditorium Muzik Bentley, Mutiara Damansara pada  pukul 8.30 malam di tarikh 1 Jun 2024.   Untuk The A.C.A.B ini merupakan momen yang dinanti-nantikan kerana sudah lama mereka berkeinginan untuk bertemu sahabat dan pengikut muzik mereka.   “Kami berharap para peminat muzik dan band kami akan berkumpul pada malam  tersebut untuk bersama-sama bernostalgia dengan lagu-lagu kami. Inilah masanya  untuk berkumpul semula kerana showcase ini akan diadakan hanya satu malam sahaja  di Auditorium Muzik Bentley, Mutiara Damansara. Dapatkan tiket segera kerana tiket  early bird sudah habis dijual,” ujar Megat mewakili kumpulan yang turut merupakan  penganjur bagi

MFWS 2024 Lancarkan Komuniti Pengusaha Perempuan Antarabangsa di Malaysia: Kembangkan Perniagaan dengan Kolaborasi

Image
  Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 10 FEBRUARI 2024- Setelah diantisipasi sejak tahun lalu, Modest Fashion & Womenpreneur Summit (MFWS) 2024 akhirnya dilancar. Berlangsung pada 8 dan 9 Februari 2024 di Hotel InterContinental, Kuala Lumpur, Malaysia, MFWS 2024 menampilkan 13 tokoh pengusaha dan pemimpin perempuan serta 12 jenama modest fashion dari berbagai negara. Pada pelancaran pertamanya ini, MFWS 2024 mewujudkan misi besar untuk membangun komuniti pengusaha perempuan international (International Womenpreneur Community). Komuniti ini berguna untuk mengumpulkan pengusaha perempuan dari seluruh dunia dan segala macam sektor perniagaan demi mencipta sebuah ' support system' untuk membantu pertumbuhan perniagaan satu sama lain. Dalam rangka mewujudkan misi tersebut, MFWS 2024 sendiri berkolaborasi dengan berbagai pihak yang memiliki tarikan serupa dalam dunia kewirausahaan perempuan. Salah satu yang memberikan sokongan paling signifikan adalah jenama kecantikan ternama a

Sajian Warisan Ibunda Dari Concorde Hotal Shah Alam Sepanjang Ramadhan Ini

Image
  Oleh: Norazni Ismail. SHAH ALAM 09 FEBRUARI 2024- Bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal tiba, Concorde Hotel Shah Alam mengedarkan Bubur Lambuk terkenal mereka, yang telah menjadi tradisi sejak 20 tahun lalu. Pihak pengurusan dan tuan rumah hotel berkumpul sambil mengalu-alukan kehadiran orang ramai yang datang untuk menerima Bubur Lambuk percuma. Penyediaan Bubur Lambuk disediakan oleh barisan chef hotel dengan bantuan daripada pihak pengurusan. Penyediaan bermula seawal jam 7 pagi dengan 200 kg beras, dan banyak lagi bahan lain yang dimasak dalam periuk besar. Sebanyak 6,000 paket diedarkan dalam beberapa jam. Masyarakat Shah Alam telah beratur sejak awal pagi jam 11 pagi untuk mendapatkan Bubur Lambuk kami. Pengedaran bermula di jalan masuk hotel pada jam 12 tengah hari pada 6 Februari 2024 sehingga semua pakej Bubur Lambuk diedarkan kepada masyarakat. "Seperti biasa, jalan masuk itu bertukar menjadi "pandu lalu" untuk menyumbang makanan kegemaran Ramadan kami

Hotel Tenera Teruskan Sajian Gerenti Sedap - Tampilkan Rozita Che Wan Wajah Bufet Ramadan 2024

Image
  Oleh: Norazni Ismail. BANGI, 09 Februari 2024 – Hotel Tenera terus menjadi pilihan lokasi bufet Ramadan tahun ini yang bakal diserikan dengan kehadiran pelakon dan usahawan popular Rozita Che Wan. Dengan bertemakan ‘Lip-Lap Lip-Lap’, Rozita Che Wan yang lebih mesra disapa Che Ta tampil sebagai wajah bufet Ramadan Hotel Tenera kali ini  yang bermula pada 14 Mac 2024 sehingga 7 April 2024 ini.  Seperti biasa, Bufet Ramadan di Hotel Tenera  menjadi pilihan Che Ta  dan orang daripada pelbagai golongan kerana sajiannya yang sedap, tempatnya yang selesa dengan harga berpatutan buat seisi keluarga. Menurut Pengurus Besar Hotel Tenera,  Fadzly Hamzah,  bufet Ramadan pada tahun ini masih mengekalkan konsep gerai-gerai seperti di bazar Ramadan. Untuk itu, terdapat lebih  40 gerai yang menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti masakan panas, bakar,  sup, pasta, pizza, dim sum, kuih muih, buah-buahan serta aneka minuman.  Bukan itu sahaja, terdapat lebih daripada 130 menu hidangan seperti Nas